30 Sep 2012

Perangkap Syaitan

!0 perangkap syaitan. Oleh itu, wahai sahabat seagamaku, jauhilah daripada 10 perkara berkenaan. Semoga hidup kita sejahtera dunia akhirat.

25 Sep 2012

Pengambilan Surat Tawaran DG41


Alhamdulillah sebagaimana yang kita janjikan bahawa surat penempatan dan tawaran DG41 kepada guru-guru PJJ telah siap diproses. Tuan/puan yang terlibat perlu mengambil tindakan perkara yang dinyatakan dengan cermat, cepat dan tepat. Urusan pengambilan surat berkaitan adalah sebagai berikut :

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman boleh mengambil surat tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing  pada 30 September 2012 (Ahad) selepas jam 10.00 pagi melalui Pembantu Tadbir Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah . 

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Kuala Terengganu dan Marang boleh mengambil di Unit Sekolah Rendah, JPN Terengganu mulai esok melalui Pn. Bibah Bibi bt Mohd Shukri (09-621339)

Guru-guru hendaklah menjawab balik surat ini kepada SPP dari sekolah sekarang (terkini) dan surat guru-guru juga dihantar ke PPD terkini di mana tuan/puan sedang bertugas di sekolah dalam daerah PPD berkenaan

Senarai nama mereka yang mendapat tawaran hingga kini. KLIK. Kepada yang belum tersenarai harap bersabar.


14 Sep 2012

Surat Tawaran DG41 Guru-guru PJJ Sudah Sampai Di JPNT



Alhamdulillah Janji Ditepati dan Rakyat didahulukan telah terlaksana. Ketua Sektor Sekolah telah membawa pulang surat tawaran PJJ melibatkan SR dan SM sebagaimana yang dihebohkan. Mereka adalah sebahagian lulusan PJJ yang berjumlah 7,797 orang yang telah ditemuduga dan diluluskan perjawatan oleh kerajaan untuk dilantik ke DG41.

Surat berkenaan bertarikh 15.08.2012 dan tawaran pelantikan adalah pada 2.10.2010 sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling SPP Bil 1/2010. Surat ini tidak boleh lagi dikeluarkan kepada calon sehingga sampai surat sumber kuasa penempatan semula daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Apabila surat berkenaan sampai, JPN akan keluarkan surat arahan penempatan dan tawaran kepada calon untuk tindakan dalam tempoh 60 hari dari surat arahan penempatan itu. Tanpa surat kuasa arahan penempatan daripada BPSH calon tidak boleh mengisi tawaran berkenaan.


17 Ogo 2012

Tarikh Surat Tawaran DG41 Dikeluarkan

Alhamdulillah......lega rasanya apabila dipaparkan tarikh surat tawaran DG41 dalam laman web SPP pada 16 Ogos 2012 yang lalu.



15 Mei 2012

Hari Guru 2012


Selamat Hari Guru 2012 diucapkan kepada rakan-rakan guru walau di mana saja berada. Jasamu tetap dikenang.


4 Mac 2012

SKR JUARA BOLA SEPAK MSS ZON JABI

Pasukan bola sepak SKR johan bola sepak MSS Zon Jabi dengan mengalahkan pasukan bola sepak Sk. Apal dengan jaringan 3 berbalas 2. Kejohanan diadakan di padang Sk. Felda Selaseh


 Menerima piala daripada YB Tn. Hj. Ramlan Ali (ADUN Jabi)

 Sepakat membawa berkat (kemenangan)

 Bersorak setelah loceng penamat dibunyikan

 Bergambar kenangan bersama YB dan GB

 Bergambar kenangan bersama jurulatih dan guru-guru

 Muhammad Aiman Syafiuddin b. Hj. Mahadi (pemain terbaik)

Bergambar sebelum perlawanan akhir


7 Feb 2012

SEKITAR KEJOHANAN BADMINTON MSSSZJ



Antara Pemain Badminton SK. Renek


 Pasukan SK. Jabi

Zakuan Abdullah (Naib Johan -single)

 Cikgu Md. Sanusi Said

Pengerusi Badminton Cikgu Mie

Kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Rendah Zon Jabi yang diadakan di Dewan Sivik Pak Wong yang berakhir pada 6 Januari 2012.


17 Dis 2011

SBP & SEKOLAH ELIT TERENGGANU

Tahniah kepada 12 orang murid-murid Sk. Renek yang berjaya menempatkan diri ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian dan Sekolah Elit Terengganu :

SBP SAINS SETIU
1. Wee Li Lee
2. Muhammad Hafizi Rusli
3. Nor Shuhadah Razali
4. Muhd Luqman Norhakim Juraimi

SBP SAINS PASIR PUTIH
1. Nur Izzah Amirah Abdul Karim
2. Nuranis Syafiqah Mohd Suhaimi
3. Siti Nur Aisyah Abd Ghafar

SBP INTERGRASI BATU RAKIT
1. Fahmin Ulumuddin Hamzah
2. Mohamad Harith Zakwan Nor Azizan
3. Muhammad Arman Abdul Manah

SEKOLAH ELIT SMK LEMBAH BIDONG SETIU
1. Abbydatul Shuhada Awang Alias

SEKOLAH ELIT SMK MAK LAGAM KEMAMAN
1. Nor Najihah Mohamed Daud

Sesungguhnya penat lelah kalian berbaloi selama ini. Syukur Alhamdulillah dan sekali lagi, TAHNIAH !!

16 Dis 2011

JADUAL GAJI GURU DALAM SBPA


JADUAL GAJI SEBARIS GURU UNTUK RUJUKAN 


KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN GURU


5 Dis 2011

KELAS KECEMERLANGAN UPSR 2012







Kelas Kecemerlangan UPSR 2012 bermula pada 3 Dis. dan berakhir pada 15 Disember 2011. Semoga anak-anak didikku di SKR akan mencapai kecemerlangan berterusan nanti. Insya-Allah.


22 Nov 2011

My Family





Foto ini diambil menggunakan kamera Sony SLT - A35 pada bulan November 2011 di teratak Jabi, Besut, Terengganu. Anakanda dua foto bawah berusia 6 bulan.


14 Nov 2011

KAMERA SONY ALPHA SLT A35

ARKIB : 31/10/2011

Ringan, mudah dikendali


Lebih kompak dan versatil menjadikan Sony SLT-A35 pilihan terbaik dikalangan penggemar kamera refleks lensa tunggal (DSLR).


Dikenali sebagai SLT-A35, siri kamera daripada Sony ini terus mendapat perhatian apabila ia mampu memberikan hasil rakaman setanding jurufoto profesional. Menggunakan teknologi Translucent Mirror, Sony menawarkan kelebihan rakaman imej secara berterusan, tepat dan jelas biarpun ia dirakam pada kelajuan tinggi bagi kedua-dua mod iaitu video dan gambar pegun.

Bagi rakaman imej pada kelajuan tinggi, SLT-A35 dilengkapi kebolehan pembesaran imej pada skala 1.4 serta kelajuan merakam sehingga 7 rangka sesaat (fps). Ia membolehkan penderia auto fokus SLT-A35 mampu mengesan serta menanda secara berterusan objek yang bergerak laju. Kebolehan tersebut memudahkan pemilik SLT-A35 merakam aktiviti sukan, pergerakan kanak-kanak serta subjek yang berada jauh daripada perakam.

SLT-A35 turut dilengkapi 16.2 mega piksel yang efektif dimana ia juga merupakan penderia Exmor APS HD CMOS yang baru dibangunkan. Peningkatan tersebut membolehkan pemilik SLT-A35 merakam imej dengan lebih jelas biarpun didalam keadaan cahaya yang samar-samar serta video HD berkualiti tinggi. Sama ada anda merakam imej pegun mahu pun video AVCHD, imej yang dipapar menerusi skrin Xtra Fine LCD kamera ini pasti memberikan imej yang terbaik berikutan ia menggunakan teknologi paparan TruBlack. Di samping itu, Tru Finder yang memiliki resolusi tinggi menawarkan rakaman kerangka yang lebih tepat menerusi skrin LCD.

Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak di dalam dunia fotografi menggunakan kamera di mana lensanya boleh ditukar, Sony turut memuatkan panduan penggunaan yang dikenali sebagai The on-screen Help Guide. Panduan tersebut memudahkan pengguna yang baru mengenali kamera tersebut untuk memahami aplikasi serta operasinya. SLT-A35 turut menawarkan perisian Picture Effect yang mana imej yang dirakam boleh terus disunting di dalam kamera tersebut atau ia boleh disetkan sebelum imej atau video dirakam.

Ia juga memiliki kelebihan memisahkan warna bagi kesan monokrom (hitam putih) yang mana sebelum ini ia hanya boleh dilakukan melalui perisian tertentu di dalam komputer. Untuk maklumat lanjut berkenaan kamera ini anda boleh melayari laman web Sony di www.sony.com.

21 Okt 2011

Kamera SLT Sony A35 New







Kamera DSLR Sony iaitu menggunakan sistem terbaru SLT model Sony Alpha A35 aku beli pada 29 Oktober 2011 untuk kegunaan keluarga.