14 Sep 2012

Surat Tawaran DG41 Guru-guru PJJ Sudah Sampai Di JPNT



Alhamdulillah Janji Ditepati dan Rakyat didahulukan telah terlaksana. Ketua Sektor Sekolah telah membawa pulang surat tawaran PJJ melibatkan SR dan SM sebagaimana yang dihebohkan. Mereka adalah sebahagian lulusan PJJ yang berjumlah 7,797 orang yang telah ditemuduga dan diluluskan perjawatan oleh kerajaan untuk dilantik ke DG41.

Surat berkenaan bertarikh 15.08.2012 dan tawaran pelantikan adalah pada 2.10.2010 sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling SPP Bil 1/2010. Surat ini tidak boleh lagi dikeluarkan kepada calon sehingga sampai surat sumber kuasa penempatan semula daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Apabila surat berkenaan sampai, JPN akan keluarkan surat arahan penempatan dan tawaran kepada calon untuk tindakan dalam tempoh 60 hari dari surat arahan penempatan itu. Tanpa surat kuasa arahan penempatan daripada BPSH calon tidak boleh mengisi tawaran berkenaan.


1 ulasan:

  1. aku kohot 2 tapi lum lantik2 sedangkan ada ramai kawan seangkatan yang dah menikmati dg41 walau kami telah melakukan usaha yang sama seperti mereka yang telah dilantik ke dg41. ingat ketidakadilan spp dan kerajaan akan kami nilai dalam pru13 ni

    BalasPadam