Perkhidmatan Saya

Saya menuntut di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1987-89). Diposting ke negeri di bawah bayu, Sabah pada pada bulan Dis 1989 dan sekolah tempat bertugas pertama saya ialah Sekolah Kebangsaan Pekan Kunak 1 yang terletak di daerah Kunak, Sabah.

Pada tahun 1993 (Dis) bertukar ke negeri kelahiran Terengganu dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Apal, Besut, Terengganu. Selama 12 tahun berkhidmat di Sk. Apal. Kemudian bertukar pula ke Sekolah Kebangsaan Renek, Besut dari tahun 2008 (Januari) hingga kini.

Sekarang saya menyambung pelajaran saya bersama Open University Malaysia - Kementerian Pelajaran Malaysia (Prog. SMP - Kohot 2) dari tahun 2006 (Jun) dan kini dalam semester akhir. Insya-Allah saya akan menamatkan pengajian saya dalam bulan Mei ini.