5 Dis 2012

Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan


Alhamdulillah hari ini, 5 Dis. 2012 apabila aku semak dalam web, aku berjaya dan ditawarkan kenaikan pangkat secara time based berasaskan kecemerlangan daripada DGA32 ke DGA34 berkuatkuasa 01.11.2012. Namun begitu terpaksa ku menolaknya kerana aku telah ditawarkan DG41 lebih awal daripada itu iaitu pada 04.11.2010 lagi. Namun, aku tetap bersyukur kepada-Nya.


1 Dis 2012

Pengesahan Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendididikan Siswazah Gred DG41


Alhamdulillah.....syukur akhirnya berjaya juga menjadi guru siswazah. Surat pengesahan diterima pada Khamis, 29 November 2012.


27 Nov 2012

Sejenak Bercuti di Kuala Terengganu



Ketika menziarahi keluarga isteri di Kuala Terengganu sempat juga singgah di restoran dan kedai rim spot


9 Nov 2012

Majlis Graduasi Taska Permata Parlimen Setiu

 Tim. Pengarah 1 Yayasan Pembangunan Terengganu menyampaikan sijil

 Anakanda Ustz.Noor Azmedawaty menerima sijil

 Tim. Pengarah 1 Yayasan Pembangunan Terengganu menyampaikan ucapan perasmian

 Tim. Pengerusi Kelab Taska Permata Jabi, Puan Hamidah Abd. Majid  menyampaikan ucapan aluan mewakili Taska Permata Setiu

 Persembahan Ulik Mayang Taska Permata Jabi

 Persembahan daripada Taska Permata Mengabang Lekar

Anakanda Wan Muhammad Irfan bin Wan Mohamad Noor

3 Nov 2012

Melukis Poster Bulan Bahasa Daerah Setiu





Anakanda Wan Nur Amirah semasa pertandingan melukis poster sempena Bulan Bahasa Daerah Setiu di Perpustakaan Awam Daerah Setiu 


Majlis Khatam Muqaddam Taska Permata







3 November 2012, Sabtu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu

30 Sep 2012

Perangkap Syaitan

!0 perangkap syaitan. Oleh itu, wahai sahabat seagamaku, jauhilah daripada 10 perkara berkenaan. Semoga hidup kita sejahtera dunia akhirat.

25 Sep 2012

Pengambilan Surat Tawaran DG41


Alhamdulillah sebagaimana yang kita janjikan bahawa surat penempatan dan tawaran DG41 kepada guru-guru PJJ telah siap diproses. Tuan/puan yang terlibat perlu mengambil tindakan perkara yang dinyatakan dengan cermat, cepat dan tepat. Urusan pengambilan surat berkaitan adalah sebagai berikut :

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman boleh mengambil surat tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing  pada 30 September 2012 (Ahad) selepas jam 10.00 pagi melalui Pembantu Tadbir Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah . 

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Kuala Terengganu dan Marang boleh mengambil di Unit Sekolah Rendah, JPN Terengganu mulai esok melalui Pn. Bibah Bibi bt Mohd Shukri (09-621339)

Guru-guru hendaklah menjawab balik surat ini kepada SPP dari sekolah sekarang (terkini) dan surat guru-guru juga dihantar ke PPD terkini di mana tuan/puan sedang bertugas di sekolah dalam daerah PPD berkenaan

Senarai nama mereka yang mendapat tawaran hingga kini. KLIK. Kepada yang belum tersenarai harap bersabar.


14 Sep 2012

Surat Tawaran DG41 Guru-guru PJJ Sudah Sampai Di JPNT



Alhamdulillah Janji Ditepati dan Rakyat didahulukan telah terlaksana. Ketua Sektor Sekolah telah membawa pulang surat tawaran PJJ melibatkan SR dan SM sebagaimana yang dihebohkan. Mereka adalah sebahagian lulusan PJJ yang berjumlah 7,797 orang yang telah ditemuduga dan diluluskan perjawatan oleh kerajaan untuk dilantik ke DG41.

Surat berkenaan bertarikh 15.08.2012 dan tawaran pelantikan adalah pada 2.10.2010 sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling SPP Bil 1/2010. Surat ini tidak boleh lagi dikeluarkan kepada calon sehingga sampai surat sumber kuasa penempatan semula daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Apabila surat berkenaan sampai, JPN akan keluarkan surat arahan penempatan dan tawaran kepada calon untuk tindakan dalam tempoh 60 hari dari surat arahan penempatan itu. Tanpa surat kuasa arahan penempatan daripada BPSH calon tidak boleh mengisi tawaran berkenaan.


17 Ogo 2012

Tarikh Surat Tawaran DG41 Dikeluarkan

Alhamdulillah......lega rasanya apabila dipaparkan tarikh surat tawaran DG41 dalam laman web SPP pada 16 Ogos 2012 yang lalu.



15 Mei 2012

Hari Guru 2012


Selamat Hari Guru 2012 diucapkan kepada rakan-rakan guru walau di mana saja berada. Jasamu tetap dikenang.


4 Mac 2012

SKR JUARA BOLA SEPAK MSS ZON JABI

Pasukan bola sepak SKR johan bola sepak MSS Zon Jabi dengan mengalahkan pasukan bola sepak Sk. Apal dengan jaringan 3 berbalas 2. Kejohanan diadakan di padang Sk. Felda Selaseh


 Menerima piala daripada YB Tn. Hj. Ramlan Ali (ADUN Jabi)

 Sepakat membawa berkat (kemenangan)

 Bersorak setelah loceng penamat dibunyikan

 Bergambar kenangan bersama YB dan GB

 Bergambar kenangan bersama jurulatih dan guru-guru

 Muhammad Aiman Syafiuddin b. Hj. Mahadi (pemain terbaik)

Bergambar sebelum perlawanan akhir


7 Feb 2012

SEKITAR KEJOHANAN BADMINTON MSSSZJ



Antara Pemain Badminton SK. Renek


 Pasukan SK. Jabi

Zakuan Abdullah (Naib Johan -single)

 Cikgu Md. Sanusi Said

Pengerusi Badminton Cikgu Mie

Kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Rendah Zon Jabi yang diadakan di Dewan Sivik Pak Wong yang berakhir pada 6 Januari 2012.