25 Sep 2012

Pengambilan Surat Tawaran DG41


Alhamdulillah sebagaimana yang kita janjikan bahawa surat penempatan dan tawaran DG41 kepada guru-guru PJJ telah siap diproses. Tuan/puan yang terlibat perlu mengambil tindakan perkara yang dinyatakan dengan cermat, cepat dan tepat. Urusan pengambilan surat berkaitan adalah sebagai berikut :

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman boleh mengambil surat tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing  pada 30 September 2012 (Ahad) selepas jam 10.00 pagi melalui Pembantu Tadbir Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah . 

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Kuala Terengganu dan Marang boleh mengambil di Unit Sekolah Rendah, JPN Terengganu mulai esok melalui Pn. Bibah Bibi bt Mohd Shukri (09-621339)

Guru-guru hendaklah menjawab balik surat ini kepada SPP dari sekolah sekarang (terkini) dan surat guru-guru juga dihantar ke PPD terkini di mana tuan/puan sedang bertugas di sekolah dalam daerah PPD berkenaan

Senarai nama mereka yang mendapat tawaran hingga kini. KLIK. Kepada yang belum tersenarai harap bersabar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan