28 Dis 2010

KERETA PERTAMAKU "SAGA"


Ini adalah kereta pertamaku, Proton Saga Orient (Model 1989). Kereta ini memberikan seribu kenangan kepadaku. Maklumlah kereta pertama....he..he..he....Foto ini diambil di pakir IBKL ketika aku menuntut di Institut Bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Aku jual kereta ini pada tahun 2000 kerana aku beli kereta Wira Aeroback 1.6 CC. Aku menuntut di sana selama satu tahun iaitu mengikuti program Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) Bidang Penilaian Bahasa Melayu. Di sana juga aku berjumpa buah hatiku iaitu isteriku sekarang yang ketika itu penuntut asas di IBKL.


13 Dis 2010

PERJALANANKU KE PUNCAK


Setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 4 tahun, akhirnya aku dan isteriku berjaya menamatkan perjalananku untuk mengapai puncak. Apa yang aku maksudkan ialah kami berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian bersama KPM-OUM. Sesuatu yang tidak kami jangkakan. Selama ini, kami tidak pernah bermimpi untyuk memperoleh ijazah.

Konvokesyen Ke-9 OUM diadakan di PWTC pada 20 - 23 November 2010. Aku dijadualkan dalam Sidang 7, iaitu pada hari terakhir, 23 November. Manakala isteriku dalam Sidang 3, iaitu pada 21 November. Mahu tidak mahu, kami terpaksa datang awal ke KL. Kira-kira sebulan sebelum konvo, kami menempah bilik hotel, iaitu Hotel Dinesty KL. Kami tempah selama 3 malam ( 2 bilik ).

Pada 19 November, kami memulakan perjalanan ke KL melalui Kuantan. Kami singgah di Temerloh untuk berehat dan menginap di Hotel Seri Malaysia Temerloh semalaman. Untuk pengetahuan, kami menaiki MPV Toyota Innova seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak. Sampai di Temerloh, aku mlihat ada kesan minyak di belakang kereta kami. Setelah aku lihat di bawah kereta, banyak minyak yang keluar. Aku amat susah hati kerana waktu itu jam sudah hampir jam 5.30 petang. Kebanyakan bengkel telah tutup. Namun, aku cuba juga mencari bengkel yang masih buka. Mujurlah ada. Setelah pemeriksaan dibuat, didapati minyak gear auto yang keluar. Menurut mekanik, minyak auto yang dimasukkan melebihi sukatan sepatutnya. Aku mana tahu kerana aku hanya hantar kereta di kedai saja. Setelah dibuang lebihan, barulah minyak tidak keluar. Alhamdulillah lega.......

Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke KL. Kira-kira dua jam kami sampai di hotel. Namun tidak dibenarkan check in kerana masih awal. Jadi, kami ambil keputusan untuk mengambil jubah konvo dulu di Ibu Pejabat OUM. Setelah itu barulah kami dapat masuk hotel iaitu kira-kira jam 5.00 petang (20 Nov. 2010). Malam itu kami tidur lena kerana keletihan.

Keesokan harinya waktu pagi kami tidak ke mana-mana hanya di hotel sahaja kerana petangnya isteriku akan menghadiri majlis konvo. Selepas sarapan, kami hanya duduk-duduk sambil menonton tv. Kira-kira jam 1.30 petang, aku dan isteri dan anak perempuan sulungku ke PWTC. Ketika itu orang telah pun ramai. Setelah isteriku berbaris, aku memasuki dewan sebagai tetamu. Majlis bermula pada pukul dan berakhir pukul 5 petang. Setelah tamat majlis, kami bertiga bergambar kenangan sekitar PWTC. Selepas itu, kami balik ke hotel.

Malam itu kami tidak ke mana-mana. Keesokan harinya, iaitu pada 22 November (selepas sarapan), kami ke Zoo Negara. Perjalanan ke sana tidak lama iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Ianya cepat kerana melalui lebuhraya bertol. Aku ke sana dengan bantuan pandu arah GPS dalam keretaku. Kalau tidak mungkin perjalanan lebih lama kerana aku telah lama tidak ke sana.

Di sana, kami menghabiskan masa kira-kira 3 jam. Tak payahlah aku ceritakan apa yang kami lalui di sana kerana aku telah ceritakan serba sedikit dalam catatan yang lalu. Ingatkan selepas ke Zoo Negara nak ke Kajang pula menikmati satay Kajang, tetapi masa tidak mengizinkan. Kami terus balik ke tempat penginapan di hotel.

Malamnya kami berehat di hotel. Malam itu aku rasakan kepalaku berdenyut-denyut sakitnya. Jadi, malam itu kami tidur awal. Kira-kira jam 10.00 kami telahpun tidur. Pagi esoknya (23 Nov) aku terpaksa bangun awal kerana jam 7.30 pagi aku perlu berada di PWTC. Aku pula akan menghadiri majlis konvo ku.

Pada 23 November aku menghadiri majlis konvo Sidang 7. Ramai kawanku sesidang denganku. Hatiku berdebar-debar semasa giliranku naik pentas. Namun, aku cool-cool kan diri....... Aku bertuah kerana cancelor sendiri yang menganugerahkan aku ijazah. Untuk pengetahuan, cancelor iaiah Tun Jeanne Abdullah. Selepas konvo, tengah harinya, semua keluargaku iaitu isteri, lima orang anak dan ibuku hadir menyambutku. Aku rasa bertuah mempunyai keluarga bahagia. Kami sempat bergambar kenangan sebelum beredar.

Petang, 23 Nov. kami check out dari hotel. Tapi kami masih belum mahu balik kampung lagi. Kami bercadang mahu menginap di hotel berdekatan pusat membeli-belah pada malam itu semalaman sebelum balik kampung. Malam itu kami menginap di Hotel Lotus dekat Jalan Tunku Abdul Rahman. Sebelum itu, petangnya kami menziarahi sepupuku yang tinggal dekat Daya Bumi. Malamnya aku, isteri dan anak bongsuku (bongsu sekarang....he he..) ke Chow Kit. Saja jalan-jalan.........

Keesokan harinya, 24 Nov. sebelum check out hotel, kami keluar membeli-belah sekitar Sogo, Pertama Kompleks dan sekitar Masjid India. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kami kembali ke hotel dan check out. Pada jam 2.00 petang, kami memulakan perjalanan ke kampung di Besut, Terengganu. Kami juga melalui Kuantan kerana perjalanannya agak selesa berbanding Gua Musang walaupun terpaksa bayar tol yang agak tinggi. Bagi kami, keselesaan harus diberi keutamaan. Sebelum sampai rumah, kami berhenti beberapa tempat untuk istirahat. Kami sampai di rumah kira-kira jam 8.30 malam 24 November 2010. Pada 25 November aku dan isteriku akan mengawas SPM pula. Sudah dua hari kami tidak bertugas. Sesungguhnya perjalanan mencari segulung ijazah amat bermakna buat kami. kami harap anak-anak kami akan lebih berjaya daripada kami. Insya-Allah. Ya Allah kepada-Mu kami bersyukur dan memohon pertolongan.


30 Nov 2010

MY FAMILY TO ZOO NEGARA KL
























Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang merupakan sebuah zoo tertua di negara kita. Kami sekeluarga seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak ke sana pada 22 Nov. 2010 sempena konvokesyen di PWTC KL. Tiket masuk sekarang sebanyak RM20.00 bagi dewasa dan RM6.00 bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas. Manakala warga emas pula sama dengan kanak-kanak iaitu RM6.00. Bagi bukan warganegara pula bayarannya berlipat ganda. Untuk menaiki trem yang disediakan, RM3.00 seorang dikenakan. Hari itu kami menghabiskan RM70.00 untuk tiket masuk dan RM24.00 untuk trem. Bagi kanak-kanak, haiwan adalah sesuatu yang amat bermakna kepadanya. Walaupun tiket agak mahal, tapi ianya berbaloi. Anggaplah bayaran berkenaan sebagai pemberian makan kita kepada haiwan peliharaan.

FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN DI PWTC KL










Alhamdulillah.......kini aku dan isteriku berjaya menamatkan pengajian kami dan dapat mengenggam segulung ijazah. Sesungguhnya itu semua berkat pengorbanan anak-anak dan keluarga. Mudah-mudahan ianya menjadi pembakar semangat putera puteriku untuk cemerlang dalam bidang pelajaran masing-masing.


25 Nov 2010

MAJLIS KONVOKESYEN OUM DI PWTC BERSAMA CANSELOR YANG AMAT BERBAHAGIA TUN JEANNE ABDULLAH




Majlis Konvokesyen Ke-9 OUM diadakan di PWTC pada 20 - 23 Nov. 2010. Saya bersama isteri merupakan antara graduan yang hadir. Alhamdulilah syukur kepada-Nya, akhirnya kami berjaya juga mengenggam segulung ijazah. Terima kasih semua.


25 Okt 2010

KAK G - KONVO TADIKA KEMAS DUN JABI


Anakanda ke-5 - Wan Nur Hazirah bt Wan Mohamad Noor bergambar kenangan sempena konvo Tadika Kemas DUN Jabi 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jabi pada 3 Nov. 2010.


5 Okt 2010

MY FAMILY AND CAR









Kami sekeluarga santai di My Family Homestay Jabi pada waktu senja setiap hari bagi melapangkan fikiran.