Tuliskan sebuah karangan bertajuk,“Faedah membaca buku”.
Membaca buku suatu amalan yang mulia. Faedah adalah kelebihan atau kebaikan yang diperoleh apabila seseorang melakukan sesuatu perkara. Manakala membaca buku bolehlah dikatakan suatu aktiviti yang melibatkan seseorang mengenal dan menyebut perkataan-perkataan yang ditulis di atas kertas.
Seseorang yang membaca buku akan mendapat banyak faedahnya. Apabila membaca buku, akan dapat meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan daya ingatan seseorang. Ilmu yang diperoleh akan memudahkan seseorang menjawab soalan-soalan apabila tiba peperiksaan nanti. Ini sudah tentu akan menjadikan seseorang itu cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, membaca buku juga dapat meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Banyak buku yang boleh kita baca di pasaran atau perpustakaan. Antaranya buku berkaitan pelajaran, ekonomi, politik dan isu-isu semasa. Dengan demikian, seseorang yang membaca buku berkenaan tidak akan menjadi seperti “katak di bawah tempurung”.
Orang yang rajin membaca buku akan dapat menggunakan masa senggangnya dengan berfaedah. Apabila membaca buku, seseorang itu tidak akan mempunyai masa untuk membuat sesuatu perkara yang tidak baik seperti melepak, ponteng sekolah atau merokok. Dengan demikian, membaca dapat menggelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Di samping itu, membaca buku membolehkan seseorang membaiki mutu bacaannya. Dia juga dapat memperkaya kosakata dan dapat membina ayat dengan lebih baik semasa di kelas. Ini dapat dilakukan kerana semasa membaca buku seseorang akan menemui berbagai-bagai kosakata baru. Keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara juga akan hilang kerana jawapannya dapat ditemui dalam buku yang dibacanya.
Membaca buku merupakan suatu hobi yang amat menguntungkan. Oleh itu, marilah kita semua menjadikan buku sebagai “teman istimewa” kita. Membaca jambatan ilmu.
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.
(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.
MEMBACA DENGAN BERKESAN: PANDUAN UMUM
Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.
Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.
Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.
Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.
Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".
KUALITI-KUALITI PEMBACA YANG BAIK
Pembaca yang baik adalah yang:
Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
Memastikan semua bacaan yang dibacanya, difahami dengan sepenuhnya.
Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam kehidupan sehariannya.
Peringatan
Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diajar oleh guru di kelas.
Sewaktu membaca, garis atau catat isi-isi pentingnya.
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun. Tujuannya adalah bagi menghargai sumbangan besar para pekerja kepada negara kita. Tahun ini 1 Mei jatuh pada hari Sabtu iaitu hari cuti. Jadi, cuti hari berkenaan dibawa pada hari Ahad, 2 Mei. Orang ramai mengambil peluang bercuti bersama keluarga di destinasi pilihan masing-masing. Aku juga turut ambil kesempatan. Namun, keluargaku hanya bercuti sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja.
Di Dataran Batu Buruk, K.Trg
Amirul
Amirah, Irfan, Hazirah, Hafizah, Amirul dan Umi
Tahun ini kami sedang merancang untuk bercuti ke destinasi yang belum lagi ditetapkan apabila tiba cuti persekolahan pertengahan atau akhir tahun nanti. Sesungguhnya percutian bersama keluarga pastinya sesuatu yang memberi seribu kenangan di samping dapat mempererat pertalian keluarga.
Pada 1 Oktober 2009, aku bersama family ke Cameron Highlands (CH), Pahang. Kami memilih CH kerana kami semua sukakan suasana yang sejuk dan nyaman. Kami menginap di Hotel Jasmine, Brinchang. Dua malam kami di sana. Pada waktu malam, kami tidak melepaskan peluang ke pasar malam berdekatan hotel. Banyak jugalah yang dapat dibeli di sana, sama ada makanan atau sesuatu sebagai kenangan.
Tanaman Epal
Tempat yang menjadi kunjungan ramai adalah Mardi CM. Di sana, kita boleh menikmati buah-buahan yang dipetik daripada pokoknya seperti strawbery dan anggur. Bunga-bunganya juga cantik. Pengunjug juga boleh membeli sayur-sayuran untuk dibawa pulang.
Cameron Bharat
Di Cameron Bharat pula, pengunjung boleh membeli pelbagai jenis perasa teh yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Perasa kegemaran family saya ialah perasa oren. Boleh juga dapatkannya sebagai ole-ole kepada sanak-saudara dan sahabat.
Mardi Cameron
Taman Rama-Rama
Taman Rama-Rama yang terletak di perjalanan pulang menjadi tempat perhentian kami sebelum pulang. Pelbagai jenis rama-rama yang cantik menawan dapat dilihat di sana.
Taman Bunga
Taman Bunga hanya terletak beberapa meter sahaja daripada tempat penginapan kami, Hotel Jasmine. Kami hanya berjalan kaki sahaja ke sana. Kenangan di CH sesungguhnya sukar dilupakan. Kalau berpeluang pastinya kami akan ke sana lagi. Bawalah keluarga jika ada kesempatan. Insya-Allah akan memberi kepuasan kepada semua.
Sabah merupakan negeri pertama aku "posting". Pada tahun 1989, aku dihantar bertugas di Sk. Pekan Kunak 1 yang terletak di daerah Kunak, bahagian Tawau. Tahun 1993, aku ditukarkan ke negeri kelahiranku di Terengganu dan ditempatkan di Sk. Apal, Besut. Semenjak bertukar, aku tidak pernah menjejakkan lagi kakiku di negeri di bawah bayu itu.
Pada tahun 2008, aku mendapat perkhabaran PPD Besut akan mengadakan lawatan Panel UPSR Daerah Besut ke Kota Kinabalu, Sabah. Aku merupakan salah seorang ahli panel dan aku terpilih ke sana. Gembiranya hatiku bukan kepalang. Di sana, sahabatku sesekolah di Sk. Pekan Kunak 1 sedang menungguku. Kini beliau telahpun menjadi guru besar di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Namanya Al-Azmi b. Abdullah (Albanus Paun).
Banyak keistimewaan di sana. Susahlah jika nak diceritakan semua di sini. Pastinya makanan kegemaranku, kepak ayam bakar tidak akan aku lupakan. Geng-gengku sibuk berbelanja mutiara dan lain-lain. Kini aku tidak tahu lagi bilakah aku akan ke sana. Hajat besarku sewaktu di sana dulu belum tercapai.............................mendaki Gunung Kinabalu !!