18 Apr 2010

GURU YANG SAYA SAYANGI

Contoh Jawapan Bahagian B (Tahun 5 - OTI 1)

Soalan 2
Tuliskan sebuah karangan bertajuk, “Guru yang saya sayangi”.

Semua orang mempunyai guru. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Saya mempunyai seorang guru yang saya sayangi. Nama guru berkenaan ialah Cikgu Zuhdi bin Ariffin. Beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Renek, Jerteh, Terengganu.

Cikgu Zuhdi mengajar di kelas 4 Bestari dan 4 Pintar. Mata pelajaran yang diajar oleh Cikgu Zuhdi adalah Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan. Cikgu Zuhdi sudah lima tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Renek. Sebelum ini beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Bintang, Setiu, Terengganu. Beliau tinggal di Kampung Tok Dor, iaitu kira-kira 3 kilometer dari sekolah tempat beliau mengajar.

Di sekolah, Cikgu Zuhdi memegang beberapa jawatan penting. Cikgu Zuhdi seorang guru disiplin. Semua murid akan diam apabila Cikgu Zuhdi melalui kelasnya. Beliau seorang yang tegas. Pernah suatu ketika beliau mendenda murid sampai murid berkenaan menginsafi kesalahannya. Walau pun tegas, Cikgu Zuhdi baik hati.

Selain itu, Cikgu Zuhdi juga bergiat aktif dalam sukan. Sukan yang digemari oleh beliau adalah badminton. Beliau merupakan jurulatih negeri dalam sukan badminton. Di sekolah saya, ramai jaguh badminton yang dilahirkan oleh Cikgu Zuhdi. Ada antaranya berjaya ke peringkat negeri dan kebangsaan. Salah seorang jaguh badminton yang dilatih oleh Cikgu Zuhdi adalah Muhammad Danial Hashim yang menjuarai peringkat negeri bawah 12 tahun pada tahun lepas.

Cikgu Zuhdi seorang guru yang rajin. Apabila mengajar, beliau tidak suka murid-muridnya bermain-main. Beliau memberi penuh komitmen semasa mengajar. Ramai muridnya berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang diajarnya. Saya dan rakan-rakan yang lain amat suka belajar bersama Cikgu Zuhdi. Kami juga amat mudah memahami apa yang diajar oleh Cikgu Zuhdi.

Beliau juga amat prihatin dengan kebajikan murid di sekolah ini. Pernah suatu ketika Cikgu Zuhdi membelikan pakaian seragam sekolah kepada seorang murid miskin yang tidak mampu membeli pakaian sekolah. Saya amat kagum dengan Cikgu Zuhdi. Oleh sebab itu, saya menyayangi Cikgu Zuhdi.

33 ulasan:

  1. saya menyukai karangan ini kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri setelah dibaca dengan teliti dan lebih lagi.ssemoga berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ... karangan ini sangat membantu saya ... pada tahun lepas,saya menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Sebelum peperiksaan Bahasa Malaysia (Penulisan) bermula,saya membaca karangan ini ... dan alhamdulillah,saya dapat menulis karangan yang sangat ,menarik ... saya sangat berterima kasih kepada penulis karangan ini ...

      Padam
  2. fantastic, i like, very good.

    BalasPadam
  3. babi punya karangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. xbaik la kata cam tu..kalu nk kata bnda yg kesat xpyh la nk tengok...buat la karangan sendiri..wt pe nk semak kn tmpt yg berilmu ini?
      kalu xtau,patah blik ke tadika..
      bljr la A,B,C,D,E dn sbgainye..org yg dengki adlh titik kegagalan pada msa hdpn...!

      Padam
    2. betul tu..

      Padam
    3. biar la die ,, nt die sendiri yg dpt pdhnya ..

      Padam
  4. bgus karangan ni .. boleh buat contoh ! thanks !!

    BalasPadam
  5. terima kasih banyk2 sbbb saya boleh mengambil sedikit isi untuk membuat kerja skolah saya dr karangan ini!

    BalasPadam
  6. tak boleh guna punya karangan amat teruk

    BalasPadam
  7. i like...great karangan...

    BalasPadam
  8. kenapa upsr tahun ni keluar karangan tajuk ni.. soalan mudah tapi kurang idea untuk dikembangkan

    BalasPadam
  9. Mcm mne blh Thu awl upsr thn ni kluar tajuk ni?

    BalasPadam
  10. isi karangan ni klo wat dlm periksa confirm dpt 30 / 30 kan2 ... kejam betol spe yg kutuk karangan nie ..! dh le tkde nme

    BalasPadam
  11. Awsome karangan. Now i can get good mrks in bahagian b

    BalasPadam
  12. Sangat membanggakan. Karangan yang patut sya contohi,

    BalasPadam
  13. saya menyukai karangan tersebut ttapi saya hendak tahu rangka karangan tersebut.

    BalasPadam
  14. Betul saya pun sukakan karangan ini .

    BalasPadam
  15. salam,,,...best nyalah karangan ni,,,,,.......,,,,

    BalasPadam
  16. dapat tolong saya buat kerja sekolah :)

    BalasPadam
  17. dapat membantu sye buat krja skolah :)

    BalasPadam
  18. karangan ini boleh menjadi karangan yang terbik!!!
    saya sukakan karangan ini.

    BalasPadam
  19. saya amat menyukai karangan ini kerana ia banyak menolong saya untuk membuat dalam kerja rumah bm kertas 2 saya .......
    terima kasih ...

    BalasPadam
  20. terbaik giler

    BalasPadam
  21. karangan ini ok juga

    BalasPadam
  22. Bagus kerangan ini. Karangan ini mendapat saya mendapat A bahasa malaysia.

    BalasPadam
  23. pahal x leh copy

    BalasPadam
  24. karangan ini dapat membantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang hebat karangan ini banyak faedah yang kita dapat dalam karangan ini................(thank you you)

      Padam
  25. orang yg tulis blog ni memang kedekut ilmu betul lah.. nk copy pastu nk print pon x leh.. terpaksa lah kene screenshot.. urgh..!!!

    BalasPadam