19 Mei 2014

Sekitar Sambutan Hari Guru Sk. Jabi

Pada 18 Mei 2014, Sk. Jabi mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti .diadakan bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pukul 1.15 tengah hari. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi. Dalam perhimpunan tersebut, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan kedengaran. Kemudian, diikuti oleh membaca perutusan Menteri Pendidikan dan ucapan-ucapan wakil murid serta ucapan Guru Besar.


Bena Hari Guru Sk. Jabi 2014


Bacaan doa oleh Ust. Md. Hafiz


Membaca Perutusan Menteri Pendidikan oleh Hjh. Yamna ( GPK 1 )


Ucapan Ketua Murid


Laungan Selamat Hari Guru

 









 Ucapan Tuan Guru Besar

Selepas itu, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dinyanyikan oleh guru-guru SKJ. Diikuti pula dengan upacara memotong kek Hari Guru. Aktiviti diteruskan pula dengan sukaneka.


Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia


Cikgu Roslina dan Cikgu Napisah mengusung kek Hari Guru














 Upacara memotong kek Hari Guru oleh Tuan Guru Besar

Selepas acara memotong kek, sedikit jamuan ringan diadakan sebelum meneruskan aktiviti sukaneka dan acara padang. Acara padang untuk guru-guru perempuan ialah perlawanan bola jaring. Manakala guru lelaki perlawanan footsal. Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan untuk kenangan dan tatapan semua.






Sukaneka Hari Guru






































Footsal Hari Guru Sk. Jabi 2014

Selepas permainan padang, acara diteruskan dengan acara pentas iaitu persembahan yang begitu menarik daripada guru-guru rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Hijau. Semua murid dan guru begitu terhibur dengan bakat bersahaja yang ditunjukkan oleh guru-guru yang begitu "spoting". Kemudian, cabutan bertuah diadakan. Alhamdulillah selepas tamat iaitu kira-kira 1.15 tengah hari, kami dijamu pula dengan nasi beriani yang di "sponser" oleh pengusaha kantin SKJ. Terima kasih diucapkan atas kemurahan itu. 
























Foto Persembahan Guru-guru Rumah Sukan

SELAMAT HARI GURU 2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan