Kelmarin, 28 Ogos (Sabtu), saya sekeluarga ke Kota Bharu, Kelantan jalan-jalan. Jalanraya penuh dengan kenderaan. Kemalangan jalanraya di Kg. Pak Badul yang melibatkan dua buah kereta menyebabkan kesesakan selama hampir 2 jam. Jalan "jem" sejauh 5 km. Sampai di KB, kami tidak dapat masuk bandar kerana terlalu penuh. Maka, saya sekeluarga ke Tesco sahaja. Di sana, niatnya nak cari pakaian raya anak-anak tetapi tidak banyak pilihan. Hari tu, kami berbuka di Restoran Nasi Ayam di ruang bawah Tesco.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan