31 Ogo 2010

MEWARNA MERDEKA TADIKA KEMAS DUN JABI


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Hari ini, Selasa (31 Ogos 2010), Tadika Kemas DUN Jabi mengadakan pertandingan mewarna murid-murid Tadika Kemas DUN Jabi. Lima orang murid tadika KEMAS setiap tadika dipilih menyertainya. Pertandingan diadakan di Dewan Sivik Jabi bermula jam 9.00 - 11.00 pagi. Tadika KEMAS Kg. Renek juga menghantar lima orang peserta. Salah seorangnya adalah anakanda keempatku, Wan Nur Hazirah bt Wan Mohamad Noor.

Anakanda, Wan Nur Hazirah telah mendapat Naib Johan dan mendapat hadiah berupa wang tunai RM 15.00 dan set pensil warna. Selain itu, tempat ketiga juga disandang oleh peserta dari tadika KEMAS Kg. Renek, adik Nabila Huda. Beliau mendapat wang tunai RM 10.00 dan set mewarna. Johan mewarna disandang oleh peserta dari tadika KEMAS Gong Dasar. Johan mendapat wang tunai RM 20.00 dan set mewarna.

Foto-foto sekitar pertandingan dirakamkan seperti di bawah :




























MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

HAZIRAH BOLEH !!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan