19 Apr 2010

UCAPAN PERPISAHAN TAHUN 6

Contoh Jawapan Bahagian B (Tahun 6)

Soalan 3

Sebagai wakil murid, anda dikehendaki menyampaikan ucapan di Majlis Perpisahan Akhir Tahun, Tahun 6. Tuliskan ucapan anda selengkapnya.


Yang Dihormati Pengerusi Majlis, saudara saya, saudari Nur Fatihah bt Mahadi, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Renek, En. Mizan bin Hj. Mohd, Yang Dikasihi Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Asslamualaikum saya ucapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada jamuan perpisahan tahun enam 2009. Saya selaku wakil murid tahun enam dikesempatan ini ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Renek.

Betapa besarnya jasa guru yang telah mengajar kami daripada tidak mengenal huruf hingga mengenal huruf, daripada tidak tahu membaca hingga dapat membaca dengan lancar, daripada tidak tahu mengarang hingga boleh mengarang dengan baik.

Kami juga tahu bahawa semua guru di Sekolah Kebangsaan Renek ini merupakan guru berdidikasi yang sentiasa memupuk minat kami supaya lebih berdikari dan sentiasa mendengar nasihat guru. Mungkin dulu kami tidak mendengar nasihat guru tapi kami berjanji supaya sentiasa mendengar nasihat guru dan ibu bapa kami. Kami juga berjanji akan menjaga maruah dan nama baik Sekolah Kebangsaan Renek.

Kepada rakan-rakan sekalian, ingatlah kita semua akan menjejak kaki ke tingkatan 1. Kita semua akan meninggalkan sekolah ini yang memberikan seribu kenangan manis dan pahit yang kita telah alami bersama. Janganlah kita merosakkan nama baik sekolah dengan membawa imej buruk semasa berada di sana nanti. Selain itu, janganlah kita terikut-ikut dengan gejala-gejala yang negatif.

Saya mewakili rakan-rakan memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang telah kami lakukan selama kami berada di sini. Kami juga memohon restu segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kami. Kami berharap agar kami dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Demikianlah serba sedikit ucapan saya pada pagi yang mulia ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan saya supaya janganlah jadi anak murid yang tidak kenang jasa guru dan tidak menghormati guru semasa berada di sekolah menengah nanti.

Sekian, terima kasih.

14 ulasan:

  1. hahahahahahahahahahaha...........

    BalasPadam
  2. Sangat berguna kepada adik saya
    Terima kasih

    BalasPadam
  3. terima kasih...

    BalasPadam
  4. karangan ni okey dah....tapi x ada yg 'guru-guru dan rakan-rakan'...

    BalasPadam
  5. kenape tak boleh nak copy

    BalasPadam
  6. tau kedekut ,, 0rg nk copy pon xleyhh !

    BalasPadam
  7. ha'ah la..kami ni nk copy utk buat majlis perpisahan kmi jgk..urmm,itu pon tk bgi nk copy .. =,=

    BalasPadam
  8. kenapa x leh copy

    BalasPadam
    Balasan
    1. awat x leh copy baru nk curi curi ambik untuk nk buat kat majlis perpisahan kami ^-^ ^-^

      Padam
  9. kalau nak copy tak boleh, salinlah alamatnye

    BalasPadam
  10. kenape x leh copy penat owang salin tau,,hehe..

    BalasPadam
  11. Blh jer copy !

    BalasPadam