22 Ogo 2011

RENUNGAN BERSAMA



♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥

Saban hari kita merendahkan diri memohon doa kehadrat Ilahi....(jangan terlalu sangat fikir untuk diri sendiri)....sebaik-baiknya gunakan kata "Kami" yg mewakili diri, isteri, anak-anak, adik-beradik dan ahli keluarga lain, rakan taulan juga kerana dalam menjalani kehidupan ini....merekalah yang sama2 merencahi kehidupan, kalau kita tidak memohon kebaikan untuk mereka sebagaimana kita inginkan kebaikan untuk diri kita siapa lagi....?

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ
أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم

Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (Bukhari dan Muslim)


17 Mei 2011

Harijadi Anakanda Wan Muhammad Amirul


Harijadi Wan Muhammad Amirul pada Jumaat, 6 Mei 2011 disambut di pekarangan Hospital Permaisuri Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana kami sekeluarga menunggu kelahiran baby ke-6 di sana.


14 Mei 2011

ANAKANDA KEENAM


Anakanda ke-6 Wan Muhammad Haziq lahir pada tanggal 9 Mei 2011 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu jam 9.35 pagi. Syukur kepada Yang Maha Esa kerana semuanya selamat dan melengkapkan 3 putera dan 3 puteri.


30 Apr 2011

Apple iPhone 4 Smartphone



Pilih punyai pilih, akhirnya aku memilih iPhone 4 (hitam) untuk dibeli. Aku beli fon ini pada 30 April 2011 di KB Mall, Kota Bharu.


17 Apr 2011

CATATAN RINGKAS KSSR


Bermula 2011, semua murid Tahun 1 akan mengikuti KSSR. Adakah KSSR akan menggantikan KBSR? Menurut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan KBSR tetapi beriringan dengan KBSR.

KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ini bermaksud, semua murid yang berada di Malaysia akan diajar kurikulum yang standard. Modul yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah rujukan utama. Guru-guru yang mengajar Tahun 1 telah pun diberi kursus dan penerangan tentang pelaksanaan KSSR ini.

KSSR yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu:

Modul Asas Teras

Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam / Moral, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Jasmani.

Modul Asas Tema

Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi. Masing-masing mendedahkan kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

Modul Asas Elektif

Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Tahap Satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga 3) akan tertumpu pada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Tahap Dua sekolah rendah pula (Tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi kurikulum Tahap Dua pula membabitkan murid Tahun 4, 5 dan 6, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014. Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan ialah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat / ICT dan Sejarah.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun di seluruh negara. Tumpuan di peringkat pra sekolah ialah perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal kemahiran 4M.

Tunjang KSSR

Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR :
1 - komunikasi
2 - perkembangan fizikal dan estetika
3 - kemanusiaan
4 - keterampilan diri
5 - sains dan teknologi
6 - kerohanian, sikap dan nilai.


12 Feb 2011

TAKLIMAT PENILAI BUKU TEKS KSSR TAHUN DUA


Penulis (kiri) bersama Ust. Hanif - A. Islam


Pada 9 - 11 Feb. 2011, penulis menghadiri Taklimat AJK Penilai Buku Teks Tahun 2 KSSR untuk kegunaan tahun 2011 di Ancasa All Suits Port Dickson anjuran Bahagian Buku Teks KPM. Penulis ke sana dengan menaiki flight yang disediakan olah KPM. Manakala dari lapangan terbang, penulis menaiki teksi ke hotel tempat mesyuarat. Banyak pengalaman berguna yang diperoleh daripada taklimat berkenaan.


2 Jan 2011

TARIKH GAJI KAKITANGAN AWAM 2011


Jadual ini adalah untuk rujukan kita sebagai kakitangan awam. Harap dapat membuat perancangan pembelanjaan bulanan.

28 Dis 2010

KERETA PERTAMAKU "SAGA"


Ini adalah kereta pertamaku, Proton Saga Orient (Model 1989). Kereta ini memberikan seribu kenangan kepadaku. Maklumlah kereta pertama....he..he..he....Foto ini diambil di pakir IBKL ketika aku menuntut di Institut Bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Aku jual kereta ini pada tahun 2000 kerana aku beli kereta Wira Aeroback 1.6 CC. Aku menuntut di sana selama satu tahun iaitu mengikuti program Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) Bidang Penilaian Bahasa Melayu. Di sana juga aku berjumpa buah hatiku iaitu isteriku sekarang yang ketika itu penuntut asas di IBKL.


13 Dis 2010

PERJALANANKU KE PUNCAK


Setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 4 tahun, akhirnya aku dan isteriku berjaya menamatkan perjalananku untuk mengapai puncak. Apa yang aku maksudkan ialah kami berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian bersama KPM-OUM. Sesuatu yang tidak kami jangkakan. Selama ini, kami tidak pernah bermimpi untyuk memperoleh ijazah.

Konvokesyen Ke-9 OUM diadakan di PWTC pada 20 - 23 November 2010. Aku dijadualkan dalam Sidang 7, iaitu pada hari terakhir, 23 November. Manakala isteriku dalam Sidang 3, iaitu pada 21 November. Mahu tidak mahu, kami terpaksa datang awal ke KL. Kira-kira sebulan sebelum konvo, kami menempah bilik hotel, iaitu Hotel Dinesty KL. Kami tempah selama 3 malam ( 2 bilik ).

Pada 19 November, kami memulakan perjalanan ke KL melalui Kuantan. Kami singgah di Temerloh untuk berehat dan menginap di Hotel Seri Malaysia Temerloh semalaman. Untuk pengetahuan, kami menaiki MPV Toyota Innova seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak. Sampai di Temerloh, aku mlihat ada kesan minyak di belakang kereta kami. Setelah aku lihat di bawah kereta, banyak minyak yang keluar. Aku amat susah hati kerana waktu itu jam sudah hampir jam 5.30 petang. Kebanyakan bengkel telah tutup. Namun, aku cuba juga mencari bengkel yang masih buka. Mujurlah ada. Setelah pemeriksaan dibuat, didapati minyak gear auto yang keluar. Menurut mekanik, minyak auto yang dimasukkan melebihi sukatan sepatutnya. Aku mana tahu kerana aku hanya hantar kereta di kedai saja. Setelah dibuang lebihan, barulah minyak tidak keluar. Alhamdulillah lega.......

Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke KL. Kira-kira dua jam kami sampai di hotel. Namun tidak dibenarkan check in kerana masih awal. Jadi, kami ambil keputusan untuk mengambil jubah konvo dulu di Ibu Pejabat OUM. Setelah itu barulah kami dapat masuk hotel iaitu kira-kira jam 5.00 petang (20 Nov. 2010). Malam itu kami tidur lena kerana keletihan.

Keesokan harinya waktu pagi kami tidak ke mana-mana hanya di hotel sahaja kerana petangnya isteriku akan menghadiri majlis konvo. Selepas sarapan, kami hanya duduk-duduk sambil menonton tv. Kira-kira jam 1.30 petang, aku dan isteri dan anak perempuan sulungku ke PWTC. Ketika itu orang telah pun ramai. Setelah isteriku berbaris, aku memasuki dewan sebagai tetamu. Majlis bermula pada pukul dan berakhir pukul 5 petang. Setelah tamat majlis, kami bertiga bergambar kenangan sekitar PWTC. Selepas itu, kami balik ke hotel.

Malam itu kami tidak ke mana-mana. Keesokan harinya, iaitu pada 22 November (selepas sarapan), kami ke Zoo Negara. Perjalanan ke sana tidak lama iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Ianya cepat kerana melalui lebuhraya bertol. Aku ke sana dengan bantuan pandu arah GPS dalam keretaku. Kalau tidak mungkin perjalanan lebih lama kerana aku telah lama tidak ke sana.

Di sana, kami menghabiskan masa kira-kira 3 jam. Tak payahlah aku ceritakan apa yang kami lalui di sana kerana aku telah ceritakan serba sedikit dalam catatan yang lalu. Ingatkan selepas ke Zoo Negara nak ke Kajang pula menikmati satay Kajang, tetapi masa tidak mengizinkan. Kami terus balik ke tempat penginapan di hotel.

Malamnya kami berehat di hotel. Malam itu aku rasakan kepalaku berdenyut-denyut sakitnya. Jadi, malam itu kami tidur awal. Kira-kira jam 10.00 kami telahpun tidur. Pagi esoknya (23 Nov) aku terpaksa bangun awal kerana jam 7.30 pagi aku perlu berada di PWTC. Aku pula akan menghadiri majlis konvo ku.

Pada 23 November aku menghadiri majlis konvo Sidang 7. Ramai kawanku sesidang denganku. Hatiku berdebar-debar semasa giliranku naik pentas. Namun, aku cool-cool kan diri....... Aku bertuah kerana cancelor sendiri yang menganugerahkan aku ijazah. Untuk pengetahuan, cancelor iaiah Tun Jeanne Abdullah. Selepas konvo, tengah harinya, semua keluargaku iaitu isteri, lima orang anak dan ibuku hadir menyambutku. Aku rasa bertuah mempunyai keluarga bahagia. Kami sempat bergambar kenangan sebelum beredar.

Petang, 23 Nov. kami check out dari hotel. Tapi kami masih belum mahu balik kampung lagi. Kami bercadang mahu menginap di hotel berdekatan pusat membeli-belah pada malam itu semalaman sebelum balik kampung. Malam itu kami menginap di Hotel Lotus dekat Jalan Tunku Abdul Rahman. Sebelum itu, petangnya kami menziarahi sepupuku yang tinggal dekat Daya Bumi. Malamnya aku, isteri dan anak bongsuku (bongsu sekarang....he he..) ke Chow Kit. Saja jalan-jalan.........

Keesokan harinya, 24 Nov. sebelum check out hotel, kami keluar membeli-belah sekitar Sogo, Pertama Kompleks dan sekitar Masjid India. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kami kembali ke hotel dan check out. Pada jam 2.00 petang, kami memulakan perjalanan ke kampung di Besut, Terengganu. Kami juga melalui Kuantan kerana perjalanannya agak selesa berbanding Gua Musang walaupun terpaksa bayar tol yang agak tinggi. Bagi kami, keselesaan harus diberi keutamaan. Sebelum sampai rumah, kami berhenti beberapa tempat untuk istirahat. Kami sampai di rumah kira-kira jam 8.30 malam 24 November 2010. Pada 25 November aku dan isteriku akan mengawas SPM pula. Sudah dua hari kami tidak bertugas. Sesungguhnya perjalanan mencari segulung ijazah amat bermakna buat kami. kami harap anak-anak kami akan lebih berjaya daripada kami. Insya-Allah. Ya Allah kepada-Mu kami bersyukur dan memohon pertolongan.


30 Nov 2010

MY FAMILY TO ZOO NEGARA KL
























Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang merupakan sebuah zoo tertua di negara kita. Kami sekeluarga seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak ke sana pada 22 Nov. 2010 sempena konvokesyen di PWTC KL. Tiket masuk sekarang sebanyak RM20.00 bagi dewasa dan RM6.00 bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas. Manakala warga emas pula sama dengan kanak-kanak iaitu RM6.00. Bagi bukan warganegara pula bayarannya berlipat ganda. Untuk menaiki trem yang disediakan, RM3.00 seorang dikenakan. Hari itu kami menghabiskan RM70.00 untuk tiket masuk dan RM24.00 untuk trem. Bagi kanak-kanak, haiwan adalah sesuatu yang amat bermakna kepadanya. Walaupun tiket agak mahal, tapi ianya berbaloi. Anggaplah bayaran berkenaan sebagai pemberian makan kita kepada haiwan peliharaan.

FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN DI PWTC KL










Alhamdulillah.......kini aku dan isteriku berjaya menamatkan pengajian kami dan dapat mengenggam segulung ijazah. Sesungguhnya itu semua berkat pengorbanan anak-anak dan keluarga. Mudah-mudahan ianya menjadi pembakar semangat putera puteriku untuk cemerlang dalam bidang pelajaran masing-masing.