28 Jul 2010
23 Jul 2010
12 Jul 2010
PETA MINDA ALTERNATIF TERBAIK BELAJAR
"Mind Map" atau Peta Minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan.
Untuk membina satu peta minda, seseorang hendaklah bermula di tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian, ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).
Satu contoh peta minda ialah peta minda berikut di bawah tajuk "Basic Needs" iaitu salah satu tajuk dalam mata pelajaran Sains Tahun 4 :

Selamat Belajar
7 Jul 2010
1 Jul 2010
20 Jun 2010
HTC HD2 LATEST SMARTPHONES
HTC
Quietly Brilliant
HTC HD2 merupakah salah satu smartphones terkini di pasaran






Ciri-ciri HTC HD2 :
- 4.3" Display, 1GHz Processor (Ultra-powerful Qualcomm 1GHz Snapdragon Processor)
- 5MP Camera with Auto Fofus (LED double flash and video recording)
- 3.5G, Windows Mobile 6.5 Professional
- GPS Ready (softwere not included)
- Bluetooth / Wifi
- Web Browser - two built-in (Opera Mobile and Internet Explorer)
- 8GB microSD, 448MB onboard flash memori
- HTC Sence
- Harga pasaran semasa : HTC HD2 - RM ?
19 Jun 2010
CUTI PERSEKOLAHAN SEM 1
Cuti persekolahan memang dinanti-nantikan oleh semua kanak-kanak di seluruh negara. Bagi family saya, cuti persekolahan kali ini tidak banyak "bergerak" jauh. Maklumlah banyak kenduri kahwin, kelas Elit UPSR Daerah dan lain-lain komitmen yang perlu juga diberi perhatian. Namun begitu, sempat juga bawa anak-anak sekitar Kelantan dan Terengganu. Gambar-gambar kenangan percutian dirakam seperti di bawah.
Anakanda ke-4 di La Hot Spring, Hulu Besut

Masjid Terapung, Kuala Ibai, Terengganu

Permainan di Mydin K. Trg

Santai di KB Mall, Kota Baharu
Dalam Kolam La Hot Spring
Anakanda Ke-5
Anakanda Pertama dan Kedua
Anakanda Ke-3
Panas, panas pun boleh tahan.....
2 Jun 2010
1 Jun 2010
SELAMAT BERCUTI
Selamat bercuti kepada semua murid sekolah di seluruh Malaysia. Cuti pertengahan penggal bermula pada 4 Jun 2010 selama dua minggu. Jangan lupa manfaatkan cuti sekolah kali ini dengan perkara berfaedah. Jangan lupa siapkan kerja sekolah yang diberikan guru. Jangan tunggu saat-saat terakhir cuti baru hendak siapkan. Semoga anda semua akan selamat dan mendapat kecemerlangan.

Jangan lupa kerja rumah

Jangan asyik bermain saja
29 Mei 2010
BENGKEL BERMAIN SAMBIL BELAJAR TASKA
Pada hari Sabtu, 29 Mei 2010, Taska Permata Kg. Jabi mengadakan Bengkel Bermain Sambil Belajar di Taska Permata Kg. Jabi. Ibu bapa dan anak-anak Taska Permata Kg. Jabi hadir di bengkel tersebut. Di sana, dibentangkan bagaimana aktiviti di taska dijalankan. Ibu bapa juga diajak sama mengalami akitiviti bermain sambil belajar bersama anak masing-masing. Program bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari. Anak-anak adalah harta paling berharga buat ibu bapa. Oleh itu, jaga dan berilah perhatian sewajarnya kepada mereka. Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.
SANTAI FAMILY DI LA HOT SPRING
Pada bulan Mei- Jun ni di La Hot Spring agak panas cuacanya. Air sungai agak cetek. Begitu juga dengan air kolam. Namun begitu, pengunjung dapat mandi dengan selesa kerana banyak kemudahan disediakan di sana. Selain gerai makanan, tempat penginapan disediakan kepada pengunjung dengan sewa antara RM40 - RM60 semalaman.
Santai pada pagi Jumaat, 28 Mei 2010
27 Mei 2010
MAKAN-MAKAN
Sekali sekala makan di restoran bersama keluarga perlu bagi merasa kelainan dan mengeratkan hubungan kasih-sayang anggota keluarga. Foto-foto ini adalah makan bersama keluarga di restoran hadapan Sk. Pusat Jerteh pada petang Rabu, 26 Mei 2010. Di restoran ini harganya adalah berpatutan.
Ikan siakap masakan 3 rasa
Langgan:
Catatan (Atom)





















