18 Mei 2011
17 Mei 2011
Harijadi Anakanda Wan Muhammad Amirul
14 Mei 2011
ANAKANDA KEENAM
30 Apr 2011
Apple iPhone 4 Smartphone



25 Apr 2011
17 Apr 2011
CATATAN RINGKAS KSSR
Bermula 2011, semua murid Tahun 1 akan mengikuti KSSR. Adakah KSSR akan menggantikan KBSR? Menurut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan KBSR tetapi beriringan dengan KBSR.
KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ini bermaksud, semua murid yang berada di
KSSR yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Modul Asas Teras
Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam / Moral, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Jasmani.
Modul Asas Tema
Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi. Masing-masing mendedahkan kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat.
Modul Asas Elektif
Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Tahap Satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga 3) akan tertumpu pada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Tahap Dua sekolah rendah pula (Tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi kurikulum Tahap Dua pula membabitkan murid Tahun 4, 5 dan 6, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014. Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan ialah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat / ICT dan Sejarah.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur
Tunjang KSSR
Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR :
1 - komunikasi
2 - perkembangan fizikal dan estetika
3 - kemanusiaan
4 - keterampilan diri
5 - sains dan teknologi
6 - kerohanian, sikap dan nilai.
6 Apr 2011
12 Feb 2011
TAKLIMAT PENILAI BUKU TEKS KSSR TAHUN DUA
Pada 9 - 11 Feb. 2011, penulis menghadiri Taklimat AJK Penilai Buku Teks Tahun 2 KSSR untuk kegunaan tahun 2011 di Ancasa All Suits Port Dickson anjuran Bahagian Buku Teks KPM. Penulis ke sana dengan menaiki flight yang disediakan olah KPM. Manakala dari lapangan terbang, penulis menaiki teksi ke hotel tempat mesyuarat. Banyak pengalaman berguna yang diperoleh daripada taklimat berkenaan.
19 Jan 2011
2 Jan 2011
TARIKH GAJI KAKITANGAN AWAM 2011
28 Dis 2010
KERETA PERTAMAKU "SAGA"
13 Dis 2010
PERJALANANKU KE PUNCAK

Konvokesyen Ke-9 OUM diadakan di PWTC pada 20 - 23 November 2010. Aku dijadualkan dalam Sidang 7, iaitu pada hari terakhir, 23 November. Manakala isteriku dalam Sidang 3, iaitu pada 21 November. Mahu tidak mahu, kami terpaksa datang awal ke KL. Kira-kira sebulan sebelum konvo, kami menempah bilik hotel, iaitu Hotel Dinesty KL. Kami tempah selama 3 malam ( 2 bilik ).
Pada 19 November, kami memulakan perjalanan ke KL melalui Kuantan. Kami singgah di Temerloh untuk berehat dan menginap di Hotel Seri Malaysia Temerloh semalaman. Untuk pengetahuan, kami menaiki MPV Toyota Innova seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak. Sampai di Temerloh, aku mlihat ada kesan minyak di belakang kereta kami. Setelah aku lihat di bawah kereta, banyak minyak yang keluar. Aku amat susah hati kerana waktu itu jam sudah hampir jam 5.30 petang. Kebanyakan bengkel telah tutup. Namun, aku cuba juga mencari bengkel yang masih buka. Mujurlah ada. Setelah pemeriksaan dibuat, didapati minyak gear auto yang keluar. Menurut mekanik, minyak auto yang dimasukkan melebihi sukatan sepatutnya. Aku mana tahu kerana aku hanya hantar kereta di kedai saja. Setelah dibuang lebihan, barulah minyak tidak keluar. Alhamdulillah lega.......
Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke KL. Kira-kira dua jam kami sampai di hotel. Namun tidak dibenarkan check in kerana masih awal. Jadi, kami ambil keputusan untuk mengambil jubah konvo dulu di Ibu Pejabat OUM. Setelah itu barulah kami dapat masuk hotel iaitu kira-kira jam 5.00 petang (20 Nov. 2010). Malam itu kami tidur lena kerana keletihan.
Keesokan harinya waktu pagi kami tidak ke mana-mana hanya di hotel sahaja kerana petangnya isteriku akan menghadiri majlis konvo. Selepas sarapan, kami hanya duduk-duduk sambil menonton tv. Kira-kira jam 1.30 petang, aku dan isteri dan anak perempuan sulungku ke PWTC. Ketika itu orang telah pun ramai. Setelah isteriku berbaris, aku memasuki dewan sebagai tetamu. Majlis bermula pada pukul dan berakhir pukul 5 petang. Setelah tamat majlis, kami bertiga bergambar kenangan sekitar PWTC. Selepas itu, kami balik ke hotel.
Malam itu kami tidak ke mana-mana. Keesokan harinya, iaitu pada 22 November (selepas sarapan), kami ke Zoo Negara. Perjalanan ke sana tidak lama iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Ianya cepat kerana melalui lebuhraya bertol. Aku ke sana dengan bantuan pandu arah GPS dalam keretaku. Kalau tidak mungkin perjalanan lebih lama kerana aku telah lama tidak ke sana.
Di sana, kami menghabiskan masa kira-kira 3 jam. Tak payahlah aku ceritakan apa yang kami lalui di sana kerana aku telah ceritakan serba sedikit dalam catatan yang lalu. Ingatkan selepas ke Zoo Negara nak ke Kajang pula menikmati satay Kajang, tetapi masa tidak mengizinkan. Kami terus balik ke tempat penginapan di hotel.
Malamnya kami berehat di hotel. Malam itu aku rasakan kepalaku berdenyut-denyut sakitnya. Jadi, malam itu kami tidur awal. Kira-kira jam 10.00 kami telahpun tidur. Pagi esoknya (23 Nov) aku terpaksa bangun awal kerana jam 7.30 pagi aku perlu berada di PWTC. Aku pula akan menghadiri majlis konvo ku.
Pada 23 November aku menghadiri majlis konvo Sidang 7. Ramai kawanku sesidang denganku. Hatiku berdebar-debar semasa giliranku naik pentas. Namun, aku cool-cool kan diri....... Aku bertuah kerana cancelor sendiri yang menganugerahkan aku ijazah. Untuk pengetahuan, cancelor iaiah Tun Jeanne Abdullah. Selepas konvo, tengah harinya, semua keluargaku iaitu isteri, lima orang anak dan ibuku hadir menyambutku. Aku rasa bertuah mempunyai keluarga bahagia. Kami sempat bergambar kenangan sebelum beredar.
Petang, 23 Nov. kami check out dari hotel. Tapi kami masih belum mahu balik kampung lagi. Kami bercadang mahu menginap di hotel berdekatan pusat membeli-belah pada malam itu semalaman sebelum balik kampung. Malam itu kami menginap di Hotel Lotus dekat Jalan Tunku Abdul Rahman. Sebelum itu, petangnya kami menziarahi sepupuku yang tinggal dekat Daya Bumi. Malamnya aku, isteri dan anak bongsuku (bongsu sekarang....he he..) ke Chow Kit. Saja jalan-jalan.........
Keesokan harinya, 24 Nov. sebelum check out hotel, kami keluar membeli-belah sekitar Sogo, Pertama Kompleks dan sekitar Masjid India. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kami kembali ke hotel dan check out. Pada jam 2.00 petang, kami memulakan perjalanan ke kampung di Besut, Terengganu. Kami juga melalui Kuantan kerana perjalanannya agak selesa berbanding Gua Musang walaupun terpaksa bayar tol yang agak tinggi. Bagi kami, keselesaan harus diberi keutamaan. Sebelum sampai rumah, kami berhenti beberapa tempat untuk istirahat. Kami sampai di rumah kira-kira jam 8.30 malam 24 November 2010. Pada 25 November aku dan isteriku akan mengawas SPM pula. Sudah dua hari kami tidak bertugas. Sesungguhnya perjalanan mencari segulung ijazah amat bermakna buat kami. kami harap anak-anak kami akan lebih berjaya daripada kami. Insya-Allah. Ya Allah kepada-Mu kami bersyukur dan memohon pertolongan.
30 Nov 2010
MY FAMILY TO ZOO NEGARA KL

Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang merupakan sebuah zoo tertua di negara kita. Kami sekeluarga seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak ke sana pada 22 Nov. 2010 sempena konvokesyen di PWTC KL. Tiket masuk sekarang sebanyak RM20.00 bagi dewasa dan RM6.00 bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas. Manakala warga emas pula sama dengan kanak-kanak iaitu RM6.00. Bagi bukan warganegara pula bayarannya berlipat ganda. Untuk menaiki trem yang disediakan, RM3.00 seorang dikenakan. Hari itu kami menghabiskan RM70.00 untuk tiket masuk dan RM24.00 untuk trem. Bagi kanak-kanak, haiwan adalah sesuatu yang amat bermakna kepadanya. Walaupun tiket agak mahal, tapi ianya berbaloi. Anggaplah bayaran berkenaan sebagai pemberian makan kita kepada haiwan peliharaan.








