30 Nov 2010

MY FAMILY TO ZOO NEGARA KL
























Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang merupakan sebuah zoo tertua di negara kita. Kami sekeluarga seramai tiga dewasa dan lima kanak-kanak ke sana pada 22 Nov. 2010 sempena konvokesyen di PWTC KL. Tiket masuk sekarang sebanyak RM20.00 bagi dewasa dan RM6.00 bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas. Manakala warga emas pula sama dengan kanak-kanak iaitu RM6.00. Bagi bukan warganegara pula bayarannya berlipat ganda. Untuk menaiki trem yang disediakan, RM3.00 seorang dikenakan. Hari itu kami menghabiskan RM70.00 untuk tiket masuk dan RM24.00 untuk trem. Bagi kanak-kanak, haiwan adalah sesuatu yang amat bermakna kepadanya. Walaupun tiket agak mahal, tapi ianya berbaloi. Anggaplah bayaran berkenaan sebagai pemberian makan kita kepada haiwan peliharaan.

FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN DI PWTC KL










Alhamdulillah.......kini aku dan isteriku berjaya menamatkan pengajian kami dan dapat mengenggam segulung ijazah. Sesungguhnya itu semua berkat pengorbanan anak-anak dan keluarga. Mudah-mudahan ianya menjadi pembakar semangat putera puteriku untuk cemerlang dalam bidang pelajaran masing-masing.


25 Nov 2010

MAJLIS KONVOKESYEN OUM DI PWTC BERSAMA CANSELOR YANG AMAT BERBAHAGIA TUN JEANNE ABDULLAH




Majlis Konvokesyen Ke-9 OUM diadakan di PWTC pada 20 - 23 Nov. 2010. Saya bersama isteri merupakan antara graduan yang hadir. Alhamdulilah syukur kepada-Nya, akhirnya kami berjaya juga mengenggam segulung ijazah. Terima kasih semua.


12 Nov 2010

25 Okt 2010

KAK G - KONVO TADIKA KEMAS DUN JABI


Anakanda ke-5 - Wan Nur Hazirah bt Wan Mohamad Noor bergambar kenangan sempena konvo Tadika Kemas DUN Jabi 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jabi pada 3 Nov. 2010.


5 Okt 2010

MY FAMILY AND CAR









Kami sekeluarga santai di My Family Homestay Jabi pada waktu senja setiap hari bagi melapangkan fikiran.


4 Okt 2010

SUATU KETIKA DAHULU

Hostel Pantai Puri MPLP Kuala Lumpur - masa menuntut


Merapoh, Pahang - perjalanan balik kampung


Pantai Sarina, Kunak, Sabah - senaman


Sekitar Sk. Pekan Kunak 1, Sabah - tempat bertugas pertama




1 Okt 2010

SANTAI DI LATA BELATAN







Pada hari Khamis, 30 Sept. 2010, kami sekeluarga bersantai di Lata Belatan sempena Perkhemahan Unit Beruniform Sk. Jabi. Perkhemahan berlangsung selama 3 hari. Dua orang anakandaku mengikuti perkhemahan. Mereka yang tidak mengikuti perkhamahan tinggal di Chalet termasuklah saya dan tiga orang anakaanda lagi. Foto-foto santai dirakamkan seperti di atas..

30 Sep 2010

RAYA SK RENEK

Sk. Renek mengadakan sambutan raya 2010 pada hari ini, Khamis, 30 Sept 2010. Antara lain tujuannya adalah bagi memberi suasana hari raya dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid, guru-guru dan warga SKR keseluruhannya. Pelbagai aktiviti diadakan. Beberapa foto kenangan diambil sebagai ingatan.


Penulis bersama rakan-rakan sekerja

Penulis bersama Al-Fadhil Ust. Muhd. Saidi

Penulis bersama Nur Fatihah & Nur Azmina

Penulis bersama Wan Nur Arfa

Penulis bersama Nik Khairul

Warga SKR 2010