30 Mac 2014

Cuti-cuti Di Cameron Highlands, Pahang

Alhamdulillah.....cuti sekolah pada 25 - 27 Mac 2014 aku bersama keluarga dapat bercuti di Cameron Highland, Pahang. Awal-awal pagi 25 Mac aku bertolak dari rumah di Besut menuju Cameron Highland. Dalam perjalanan, kami siggah makan tengah hari di R & R Gua Musang, Kelantan. Selepas makan tengah hari, kami terus bertolak. Perjalanan sungguh lancar. Kenderaan agak lenggang waktu itu. Kami sampai di tempat penginapan di Brinchang kira-kira pulul 1.30 petang. Kami 'Check In' apartmen yang disewa pada pukul 1.50 petang. 


Petang itu kami berehat sahaja di bilik. Kira-kira pukul 5 petang, kami turun di 'Night Market' Brinchang untuk membeli makanan dan apa yang patut. Petang itu kami membeli makanan seperti ayam berempah dan strawberi kering untuk makan di bilik. Pasar malam sungguh meriah. Ramai penjual dan pembeli yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malam itu, kami berehat di bilik sambil menikmati makanan yang kami beli. Bilik kami juga dilengkapi kemudahan wifi internet. Bolehlah kami melayari internet untuk melihat tempat menarik sekitar Cameron Highlands untuk dikunjungi esok hari.



Pemandangan 'Night Market' dari Apartmen kami

Udara di sana agak sejuk juga. Tengah hari suhunya 15 darjah celsius. Kami tidak mampu mandi air sejuk kerana terlalu sejuk. Mujurlah ada air panas disediakan. Pagi itu, selepas sarapan, kami bertolak ke Ladang Teh Cameron Bharat yang terletak di Tanah Rata iaitu kira-kira 8 km daripada tempat penginapan kami. Di sana, suasana ladang yang terdapat air terjunnya sungguh nyaman. 'Teh Hause" juga terdapat di sana. Kami boleh minum teh dan membeli teh-teh untuk dibawa pulang. Ada juga cenderahati seperti 'keychain' boleh dibeli untuk diberi kepada kenalan. Aku membelinya untuk diberi kepada semua murid kesayangan di kelas 5 Bestari seorang satu.














Kenangan di Ladang Teh Cameron Bharat

Hampir dua jam kami di sana. Kemudian, kami bertolak pula ke Pusat Penyelidikan Tanaman MARDI. Di sana, dikenakan tiket (Dewasa RM3.00, kanak-kanak sekolah 7 tahun ke atas RM1.50). Banyak tempat menarik yang boleh dijadikan kenangan. Antaranya, air terjun buatan, kolam ikan, taman-taman bunga, ladang strawberi, anggur, epal dan lain-lain. Aiskrim dan jus strawberi juga boleh diminum di sana. Kira-kira dua jam kami di sana. Kemudian, kami bertolak dan makan tengah hari di Berinchang.




























 Bergambar kenangan di MARDI, Tanah Rata

Pada waktu petangnya pula iaitu kira-kira 5.30 petang (selepas solat jamak Asar), kami bertolak pula ke 'Big Red Strawberi Farm' yang terletak di kaki Gunung Berinchang. Tak jauh dari tempat penginapan kami iaitu kira-kira 5 km sahaja. Ketika aku pergi beberapa tahun dulu, tempat berkenaan belum siap sepenuhnya. Jadi kalau nak pergi terpaksa berjalan kaki sahaja. Kini telah siap sepenuhnya. Kenderaan boleh mendaki dan masuk rapat ke beberapa tingkat yang disediakan. Di sana bagi aku sungguh menarik. Apa tidaknya, terdapat bunga-bunga warna warni, sayur-sayuran, buah-buahan, taman kaktus dan juga tempat membeli-belah serta taman permainan kanak-kanak.













Kenangan di Taman Agro Torism / Big Red Strawberry Farm

Ketika mendaki gunung tidaklah sesukar mana kerana menggunakan kenderaan, tetapi ketika menuruni gunung walaupun menggunakan kenderaan sangat mencabar dan mencemaskan. Kalaulah hujan dan jalan licin rasa aku pasti aku tidak berani. Selepas balik dari sana, kami terus ke tempat penginapan. Waktu malamnya pula, hanya aku dan anakanda Amirul yang keluar ke pasar malam Berinchang dengan berjalan kaki. Oleh kerana kepenatan, yang lain tidak sanggup lagi keluar berjalan-jalan malam itu. Hanya melayari internet saja di bilik.







Apartmen penginapan

Keesokan paginya iaitu pada 27 Mac tiba masa untuk pulang ke Besut. Pagi itu, aku, Amirul dan Irfan keluar mencuci kereta di stesen Petronas yang terletak di bawah tempat penginapan kami. Sementara menunggu siap, kami bertiga bersarapan dan membeli sarapan untuk dibawa ke bilik kerana kami akan bertolak balik pada pukul 12.00 tengah hari (check out).

Setelah check out, kami terus meluncuri jalan raya dengan membawa seribu kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Namun, perjalanan kami tidak lancar. Kenderaan bertali arus. Jalan raya jem......macam jem strawberi...hihi. Dalam perjalanan, ingatkan nak singgah di 'Bee Ferm' Ladang Lebah dan 'Butterfly Ferm' Taman Rama-rama, tetapi tidak dapat berhenti kerana orang terlalu ramai dan tidak terdapat 'parking'.

Mujurlah kami dapat singgah di 'Lavander Garden'. Di sana dapatlah kami 'possing' dan membeli beberapa barangan untuk dijadikan kenangan. Apa ada di sana ? Barangan untuk kanak-kanak memang banyak dan menarik. Kira-kira sejam kami di sana. Pukul 2.00 petang, kami berangkat pulang. Jalan raya sungguh sesak. Kira-kira pukul 4.00 baru kami tiba di R & R Gua Musang dan singgah untuk makan tengah hari. 







































Selepas makan, kami bertolak pulang dan singgah membeli beberapa batang lemang serta rendang ayam buat makan malam.  Pada pukul 8.00 malam barulah kami tiba di rumah. Walau pun kepenatan, aku tetap gembira kerana dapat membawa anak-anak dan keluarga bercuti di Cameron Hinglands cuti sekolah kali ini. Setakat ini aku sudah dapat membawa tiga kali keluarga ke sana. Alhamdulillah.