30 Sep 2010

RAYA SK RENEK

Sk. Renek mengadakan sambutan raya 2010 pada hari ini, Khamis, 30 Sept 2010. Antara lain tujuannya adalah bagi memberi suasana hari raya dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid, guru-guru dan warga SKR keseluruhannya. Pelbagai aktiviti diadakan. Beberapa foto kenangan diambil sebagai ingatan.


Penulis bersama rakan-rakan sekerja

Penulis bersama Al-Fadhil Ust. Muhd. Saidi

Penulis bersama Nur Fatihah & Nur Azmina

Penulis bersama Wan Nur Arfa

Penulis bersama Nik Khairul

Warga SKR 2010

26 Sep 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010

Pada 21 hingga 23 Sept. 2010, semua murid tahun 6 seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR di pusat peperiksaan masing-masing. Saya ditugaskan sebagai Ketua Pengawas di Pusat TG080, Sk. Tengku Mahmud Besut. Sk. Tengku Mahmud mempunyai dua pusat peperiksaan iaitu Pusat TG080 dan Pusat TG081. Pusat TG080 merupakan pusat bagi calon elit SKTM. Sepanjang peperiksaan berjalan, tiada masalah yang timbul. Calon UPSR menjawab soalan dengan penuh keyakinan. Mungkin kerana mereka telah bersedia lebih awal. Semoga mereka berjaya memperoleh apa yang dihajati. Insya-Allah.

Di sini terdapat beberapa foto yang sempat saya rakamkan sebagai kenangan :


Nur Fadhlin Mohd Fahmi begitu tekun menjawab soalan peperiksaan





Semua calon SKTM menjawab soalan peperiksaan dengan penuh keyakinan. Sekolah ini juga menjadi sekolah harapan Daerah Besut bagi menaikkan nama daerah dalam peperiksaan UPSR setiap tahun.

KAMI WARGA PENDIDIK BESUT MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA



10 Sep 2010

KONVOKESYEN KE-9 KPM-OUM


Alhamdulillah......akhirnya berjaya juga saya dan isteri menamatkan pengajian ijazah pertama Sarjana Muda Pengajaran (SMP) Kohot 2 - Kementerian Pendidikan - OUM pada semester Januari 2010 yang lalu. Konvo Ke-9 akan diadakan pada 20 - 23 November 2010 ini di PWTC KL. Konvo bagi SMP bermula pada 21 - 23 Nov. Saya dan isteri belum tahu lagi sidang ke berapa. Insya-Allah sedikit hari lagi akan tahu. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi.

RENUNGAN BERSAMA


"Kebanyakan dosa manusia muncul dari lidahnya"

(HR Tabarani)

6 Sep 2010

SALAM AIDILFITRI



Salam Aidilfitri saya sekeluarga ucapkan kepada rakan taulan yang mengenali diri ini. Juga kepada seluruh umat Islam walau di mana saja berada. Lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga yang pernah sama-sama berjuang demi anak bangsa. Jika ada tutur bicara yang mengguris perasaan kalian, saya sekeluarga ambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin. Semoga puasa dan raya tahun ini bukanlah puasa dan raya terakhir buat kita.


SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN