7 Dis 2013

Photo Sony SLT A55 Lens Coventer Macro





Percubaan pertama ambil gambar menggunakan lens conventer macro di teratak Jabi

15 Nov 2013

Panel Mata Pelajaran BMP PPD Besut

Dari kiri : Mahadi, Mat Zait, Atikah, W.Yah, Saidi, WMNoor, Dina, Mazenah dan Aziz Ismail
- Lokasi : Kota Mahsuri, Langkawi -

Makam Mahsuri, Langkawi, Kedah D.A

Di dalam terdapat Makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12 KM dari Kuah dan terletak dalam kawasan Kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan ditempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

14 Nov 2013

Bergambar Di Kota Mahsuri, Langkawi

Cikgu Mohd. Abd. Aziz bin Ismail (Sk. Tg. Mahmud II - kiri) bersama penulis

13 Nov 2013

Guru-guru dan Kakitangan Bukan Guru Wanita SKR

Bergambar kenangan selepas Hari Anugerah Kecemerlangan SKR 2013

Bengkel dan Lawatan Panel UPSR ke Pulau Langkawi

Pada 7 - 10 November 2013, 60 Panel Mata Pelajaran UPSR Daerah Besut mengadakan bengkel dan lawatan bermaklumat ke pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi. Saya salah seorang daripadanya. Kami bertolak dari PPD Besut kira-kira pukul 10.00 malam, 7 Nov. dan tiba di Kuala Perlis pada pukul 8.00 pagi, 8 Nov. Pukul 10.45 pagi, kami menaiki feri ke Langkawi dan tiba di Kuah pukul 12.30 t/hari. Kami menyewa menyewa lima buah van dan sebuah kenderaan lain (khas untuk PPD Besut yang turut serta).

Kami menginap di Hotel Altis dan berbengkel di Hotel Langkasuka. Sepanjang di sana kami berpeluang membeli-belah dan melawat tempat-tempat menarik sekitar Pulau Langkawi. Berikut beberapa foto yang sempat saya rakamkan :


Penulis blog (Cgu Wan)

 Bergambar bersama PPD Besut (Panel BI)

 Panel BMP (Sebelum bengkel) di Langkasuka Hotel

 Penulis

 PPD Besut memberi ucapan penghargaan panel

 Penyampaian Sijil Penghargaan Panel UPSR

Panel BMP bergambar kenangan di Makam Mahsuri

Penulis dan Tn. Hj. Saidi Jusoh memilih produk gamat

2 Nov 2013

Foto Home Stay Jabi 2

Anakanda Wan Muhammad Haziq bin Wan Mohamad Noor ( 2 tahun 6 bulan )




Santai di Home Stay Jabi 1

Hari ini, 2 Nov. 2013 kami anak beranak bermalam di Home Stay Jabi (teratak persinggahan keluarga kami), Esok pagi nak pergi hantar anakanda Amirah kat hostel SMK Lembah Bidong. Dalam perjalanan nak singgah umoh Deen ICT kerana kenduri kakaknya. Lepas tu terus ke SMKLB dan KTrg. Petangnya nak hantar anakanda Hafizah di hostel SMKA Wataniah. Foto anakanda di HS Jabi :





1 Sep 2013

Sijil Simpanan Premium (BSN)


Tunggu nok dapat BMW tu.....huhu

Rahsia Di Sebalik Huruf Basmallah


UCAPAN basmalah berasal daripada ayat yang berbunyi Bismi Allah ar-Rahman ar-Rahim. Ayat ini biasa diertikan 'dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Basmallah merupakan satu daripada tiga bahagian al-Quran. Dua bahagian yang lainnya adalah surah al-Fatihah dan isi al-Quran itu sendiri secara keseluruhan yang berjumlah 113 surah, daripada surah al-Baqarah sehingga surah an-Nas.

Atas dasar pembahagian itu, maka ada mufassir dan ulama yang menyebut basmalah sebagai ayat tunggal. Jika surah al-Fatihah disebut oleh para mufassir dan ulama sebagai intisari al-Quran, maka basmalah disebut sebagai intisari al-Fatihah. Dengan demikian dalam ayat basmallah terkandung intisari al-Quran.

Setiap pekerjaan yang baik, sunat dimulai dengan membaca basmallah. Hal ini didasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: "Setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan basmalah adalah kurang berkat."

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apabila hamba-Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama-Ku, maka menjadi kewajiban-Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku-berkati seluruh keadaannya."

Ada ulama yang berpendapat bahawa basmallah bukan bahagian daripada surah al-Fatihah, melainkan ayat tersendiri. Kerana itu, di Mekah dan Madinah, imam yang mengetuai solat tidak membaca basmallah ketika membaca al-Fatihah.

Pendapat itu didasarkan kepada riwayat Imam Malik bahawa para sahabat Nabi SAW tidak membaca basmallah ketika membaca surah al-Fatihah.

Pandangan serupa dikemukakan Imam Abu Hanifah yang menilai sahih beberapa hadis yang memberitakan bahawa Nabi SAW dalam mengerjakan solat tidak mendengar membaca basmallah.

Pandangan yang kemudian dianut secara rasmi oleh Mazhab Hanafi adalah bahawa basmalah boleh dibaca dalam solat tetapi tidak dengan suara nyaring.

Sebahagian ahli tafsir, seperti Ibrahim al-Biqa'i, menyatakan bahawa huruf-huruf dalam basmallah yang berjumlah 19 itu memiliki rahsia tersendiri.

Di antaranya adalah sebagai simbol penghindaran seseorang daripada ancaman para penjaga neraka yang menurut al-Quran jumlahnya 19 malaikat (rujuk al-Muddaththir: 30).

Dengan demikian, jika kita sering membaca basmalah, kita akan terhindar daripada azab neraka. Ucapan untuk menolak perkara yang buruk, iaitu la haula wa la quwwata illa bi Allah, juga terdiri daripada 19 huruf.
Ketika membaca surah-surah dalam al-Quran, dianjurkan untuk memulainya dengan basmallah, kecuali membaca surah at-Taubah.

Basmallah pada surah at-Taubah dibaca di tengah surah atau beberapa ayat setelah ayat pertama.
Hal ini kerana surah at-Taubah berisi kemarahan Tuhan dan pernyataan perang kaum Muslim terhadap orang-orang musyrik, sedangkan bacaan basmalah mengandung perdamaian dan cinta kasih Allah SWT.
Pendapat lain mengatakan bahawa para sahabat tidak dapat memastikan apakah surah at-Taubah merupakan surah tersendiri atau bahagian daripada surah al-Anfal.

Pemisahan yang kemudian dilakukan menjadi surah sendiri adalah hasil kompromi para mufassir ketika penyusunan mushaf Uthmani.

Orang Beriman Itu Bersaudara


KEHIDUPAN di dunia ini ibarat suatu bangunan mengukuhkan antara satu sama lain. Umat Islam diseru supaya sentiasa bersatu dengan berpegang kepada tali Allah SWT iaitu dengan takwa dan keimanan yang kukuh. Tanpa kekuatan iman dan perpaduan yang kuat, umat Islam dengan mudah akan dikalahkan oleh musuh-musuh Islam.
Sikap benci-membenci dan juga berpecah-belah ini bukan sahaja melemahkan kekuatan ummah malah boleh menghancurkan perpaduan dan kekuatan Islam. Perpaduan dan kekuatan ummah ini mestilah dibina daripada keluarga yang bahagia, masyarakat yang sejahtera dan negara yang aman serta makmur.

Rasulullah SAW melarang beberapa sikap yang boleh membawa permusuhan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Sikap tersebut ialah dengki, menipu, benci-membenci, bermusuhan, menjual atas jualan orang lain dan menghina sesama Islam.

Malah adalah haram bagi seseorang Islam menjatuhkan maruah atau kehormatan saudaranya kerana perbuatan tersebut membawa keburukan kepada individu dan masyarakat Islam seluruhnya.
Berkaitan hal ini, sabda Nabi SAW yang bermaksud: Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi saudaranya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). (riwayat Muslim).

Antara faktor yang boleh memecah-belahkan umat Islam termasuklah dengki (Al-Hasad). Benci-membenci (Al-Ghadab), berpaling muka, menipu (An-Najasyu) dan jual beli di atas jualan orang lain.
Al-Hasad ialah perasaan dengki, iri hati atau kurang senang dengan kelebihan orang lain atau berharap nikmat tersebut hilang dan berpindah kepadanya. Orang yang dengki berharap orang yang menerima nikmat mendapat bala.
Islam melarang umatnya berhasad dengki kerana hasad dengki akan menghilangkan segala amal kebajikan yang dilakukan. Nabi SAW bersabda: "Berwaspada terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu." (riwayat Abu Daud).

Selain itu, sifat ini boleh menimbulkan pergaduhan dalam kalangan orang Islam. Seterusnya, wujud suasana benci-membenci antara satu dengan yang lain. Akhir sekali, menyebabkan jiwa dan perasaan seseorang itu resah, tidak tenteram dan benci melihat kesenangan orang lain.

Benci-membenci pula ialah perasaan marah dan tidak menyenangi orang lain. Perasaan ini lahir daripada sifat angkuh dan sombong yang mendorong seseorang itu memfitnah, menghina dan menyakiti orang lain. Sikap saling membenci sesama Islam mendatangkan akibat buruk terhadap individu dan masyarakat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah." (riwayat Ath Thabrani)

Islam turut melarang umatnya berpaling muka antara satu sama yang lain. Orang yang berpaling muka hidup mementingkan diri sendiri, tidak bertegur sapa, megah diri dan tidak menghiraukan orang lain sangat dibenci oleh Islam.

Perbuatan menipu dilarang kerana bersikap tidak jujur dalam menjalankan muamalat, sama ada melalui tutur kata atau tingkah laku. Perbuatan ini hanya bertujuan untuk menyusahkan orang lain. Sikap menipu juga akan menyebabkan orang lain menjauhkan diri dengan si penipu.

Jual beli di atas jualan orang lain dilarang kerana ia membatalkan suatu jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Jual beli cara ini mengambil kesempatan dengan menawarkan harga yang lebih murah kepada pembeli yang sedang berurusan dengan penjual yang lain.

Orang Islam adalah bersaudara. Setiap orang mempunyai hak dan kewajipan terhadap saudaranya yang lain. Ini kerana setiap Muslim tidak boleh dizalimi, didustai, dihina dan sebagainya. Oleh itu, sifat kasih sayang mesti dipelihara bagi mewujudkan ikatan persaudaraan yang teguh dalam kalangan orang Islam.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat-Nya. Peringatan ini seharusnya dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Barang siapa mengikuti Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah serta bertakwa, mereka itulah orang yang menang. (an-Nur: 52).

 

28 Ogo 2013

Blogger Di Pagi Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arabعيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada ArabInggerisMelayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. 

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.


Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasiyang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang,lontongdodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan diradio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. 

Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik KampungAntara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada AllahAmalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".

Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. 

Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami.", dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa: 

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " 

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. Biasanya di Malaysia, minggu pertama hari raya lebuhraya akan dipenuhi dengan kenderaan dan menyebabkan jalan sesak.

Dipetik Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas