25 Apr 2016

Suatu Ketika Di Sk. Pelagat, Jerteh, Terengganu (10 bulan) 01/06/2015 Hingga 01/04/2016

Suatu ketika di Sk. Pelagat, Jerteh, Terengganu. Satu kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan dalam hidupku. Aku mula menjejakkan kaki di Sk. Pelagat pada 01/06/2015 setelah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. 

Di Sk. Pelagat aku sangat bertuah kerana dapat bertugas bersama pentadbir2 sahabatku En. Izlan Ibrahim, En. Zailan Ismail, Pn. Fanora Mat serta guru-guru yang memang tidak dapat disangkal akan kerajinan dan mempunyai semangat kekitaan yang amat tinggi. Semua perkara atau aktiviti dilakukan dengan semangat berpasukan. Guru-guru tidak perlu diarah-arah. Mereka tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Rasa bertuah juga kerana aku mempunyai Team Kokurikulum yang mantap. Terima kasih kepada Setiausaha Kokurikulum, Pn.  Noraini Kassim, Setiausaha Sukan, En. Azman Abd.Wahab, Penyelaras2, Sir Murugan, Pn. Rozi Lawati dan lain-lain. Mereka inilah yang banyak membantu aku di Sk. Pelagat.

Team UPSR begitu serasi sekali. Mungkin kerana aku mengajar subj. UPSR maka aku begitu rapat dengan guru-guru UPSR yang kebetulan semuanya wanita. Hanya aku seorang sahaja lelaki. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku menganggotai pasukan UPSR. Penyelaras UPSR, Pn. Zalma, teruskan usaha yang murni itu demi kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.

Walaupun rasa berat untuk kaki melangkah, aku terpaksa juga meninggalkan Sk.Pelagat kerana aku telah dilantik pula sebagai Penolong Kanan Pentadbiran bermula 01/04/2016 di Sk. Jabi. Bagi aku, walau di mana sahaja aku berada, aku akan memberi yang terbaik di tempat aku ditempatkan. Doakan semoga aku sentiasa sihat dan dapat menumpuhi cabaran serta dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Di sini aku lampirkan foto2 kenangan sepanjang di Sk. Pelagat untuk kenangan.