20 Jun 2015

Pertukaran Ke Sk. Pelagat

Hari ini, 14 Jun 2015, aku dipanggil ke JPNT untuk menerima surat pertukaran dan pelantikan sebagai GPK KK bermula 1 Jun 2015. Seramai 9 orang guru dari daerah Besut hadir pada hari berkenaan. Pada 15 Jun, kami dipanggil ke PPD Besut untuk mendengar sepatah dua kata daripada Timbalan PPD, Tn. Hj. Yasmin. Pada hari berkenaan juga kami dikehendaki melaporkan diri di sekolah baru masing-masing. Kemudian, balik ke sekolah asal untuk urusan penyerahan tugas.

Pada hari Ahad, 21 Jun 2015, aku menyerahkan nota serahan tugas kepada guru besar Sk. Jabi, En. Mizan bin Hj. Mohd. Pada keesokan harinya iaitu hari Isnin, aku akan ke sekolah baru untuk memulakan tugas di sana. Beberapa buah kereta turut ke sana untuk menghantar aku. Selama lebih kurang setahun aku di SKJ (1 April 2014 - 1 Jun 2015) banyak kenangan manis bersama rakan-rakan guru dan bukan guru di SKJ. Maafkan salah silap ku sewaktu kita bersama rakan-rakan. Doakan yang terbaik bagiku di tempat baru nanti. Amin.......