30 Sep 2012

Perangkap Syaitan

!0 perangkap syaitan. Oleh itu, wahai sahabat seagamaku, jauhilah daripada 10 perkara berkenaan. Semoga hidup kita sejahtera dunia akhirat.

25 Sep 2012

Pengambilan Surat Tawaran DG41


Alhamdulillah sebagaimana yang kita janjikan bahawa surat penempatan dan tawaran DG41 kepada guru-guru PJJ telah siap diproses. Tuan/puan yang terlibat perlu mengambil tindakan perkara yang dinyatakan dengan cermat, cepat dan tepat. Urusan pengambilan surat berkaitan adalah sebagai berikut :

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman boleh mengambil surat tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing  pada 30 September 2012 (Ahad) selepas jam 10.00 pagi melalui Pembantu Tadbir Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah . 

Bagi Guru-Guru yang berada di daerah Kuala Terengganu dan Marang boleh mengambil di Unit Sekolah Rendah, JPN Terengganu mulai esok melalui Pn. Bibah Bibi bt Mohd Shukri (09-621339)

Guru-guru hendaklah menjawab balik surat ini kepada SPP dari sekolah sekarang (terkini) dan surat guru-guru juga dihantar ke PPD terkini di mana tuan/puan sedang bertugas di sekolah dalam daerah PPD berkenaan

Senarai nama mereka yang mendapat tawaran hingga kini. KLIK. Kepada yang belum tersenarai harap bersabar.


14 Sep 2012

Surat Tawaran DG41 Guru-guru PJJ Sudah Sampai Di JPNT



Alhamdulillah Janji Ditepati dan Rakyat didahulukan telah terlaksana. Ketua Sektor Sekolah telah membawa pulang surat tawaran PJJ melibatkan SR dan SM sebagaimana yang dihebohkan. Mereka adalah sebahagian lulusan PJJ yang berjumlah 7,797 orang yang telah ditemuduga dan diluluskan perjawatan oleh kerajaan untuk dilantik ke DG41.

Surat berkenaan bertarikh 15.08.2012 dan tawaran pelantikan adalah pada 2.10.2010 sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling SPP Bil 1/2010. Surat ini tidak boleh lagi dikeluarkan kepada calon sehingga sampai surat sumber kuasa penempatan semula daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Apabila surat berkenaan sampai, JPN akan keluarkan surat arahan penempatan dan tawaran kepada calon untuk tindakan dalam tempoh 60 hari dari surat arahan penempatan itu. Tanpa surat kuasa arahan penempatan daripada BPSH calon tidak boleh mengisi tawaran berkenaan.