31 Ogo 2010

MEWARNA MERDEKA TADIKA KEMAS DUN JABI


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Hari ini, Selasa (31 Ogos 2010), Tadika Kemas DUN Jabi mengadakan pertandingan mewarna murid-murid Tadika Kemas DUN Jabi. Lima orang murid tadika KEMAS setiap tadika dipilih menyertainya. Pertandingan diadakan di Dewan Sivik Jabi bermula jam 9.00 - 11.00 pagi. Tadika KEMAS Kg. Renek juga menghantar lima orang peserta. Salah seorangnya adalah anakanda keempatku, Wan Nur Hazirah bt Wan Mohamad Noor.

Anakanda, Wan Nur Hazirah telah mendapat Naib Johan dan mendapat hadiah berupa wang tunai RM 15.00 dan set pensil warna. Selain itu, tempat ketiga juga disandang oleh peserta dari tadika KEMAS Kg. Renek, adik Nabila Huda. Beliau mendapat wang tunai RM 10.00 dan set mewarna. Johan mewarna disandang oleh peserta dari tadika KEMAS Gong Dasar. Johan mendapat wang tunai RM 20.00 dan set mewarna.

Foto-foto sekitar pertandingan dirakamkan seperti di bawah :




























MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

HAZIRAH BOLEH !!!


30 Ogo 2010

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957

Meriahnya Dataran Merdeka dengan bunga api berwarna-warni sempena sambutan kemerdekaan


Selamat menyambut Kemerdekaan Ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya kemerdekaan yang paling bermakna adalah merdeka daripada pemikiran nagatif. Sama-samalah kita memikirkannya. Insya-Alllah Malaysia akan maju menjelang 2020.


"I Malaysia Menjana Tranformasi"


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


28 Ogo 2010

PERSIAPAN RAYA ANAK-ANAK





Kelmarin, 28 Ogos (Sabtu), saya sekeluarga ke Kota Bharu, Kelantan jalan-jalan. Jalanraya penuh dengan kenderaan. Kemalangan jalanraya di Kg. Pak Badul yang melibatkan dua buah kereta menyebabkan kesesakan selama hampir 2 jam. Jalan "jem" sejauh 5 km. Sampai di KB, kami tidak dapat masuk bandar kerana terlalu penuh. Maka, saya sekeluarga ke Tesco sahaja. Di sana, niatnya nak cari pakaian raya anak-anak tetapi tidak banyak pilihan. Hari tu, kami berbuka di Restoran Nasi Ayam di ruang bawah Tesco.

25 Ogo 2010

MAJLIS HARIJADI ANAKANDA KEEMPAT





Majlis harijadi anakanda keempat, Wan Nur Hazirah (bertudung kuning) kali keenam diadakan di Restoran KFC Jerteh pada hari Sabtu yang lalu (21 Ogos 2010). Kebetulan, harijadi beliau jatuh pada bulan Ramadan yang mulia. Majlis diadakan sempena waktu berbuka puasa.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN ANAKANDAKU

MANDI LUMPUR


Mandi lumpur dipercayai dapat mengubati pelbagai penyakit kulit. Namun begitu, bukan semua lumpur boleh dijadikan ubat. Hanya lumpur di kolam lingkaran berapi (gunung berapi) sahaja yang dipercayai berkesan. Salah satunya kolam lumpur yang terletak di daerah Kunak, Sabah, iaitu daerah tempat pertama aku bertugas sebagai pendidik di Sk. Pekan Kunak 1 dulu (1989-94).

PERINGATAN BUAT PENDIDIK


Oleh itu, berhati-hatilah kawan.

21 Ogo 2010

FADILAT RAMADAN

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadan tanpa alasan yang wajar (dari segi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

3 Ogo 2010

ISTANA HINGGAP


Rumah kat Jabi ni merupakan Istana Hinggap untuk istirahat sekeluarga